Page 152 - sejarah spm 2018 nota
P. 152
(ii) Malaysia pengeluar utama bijih timah dan getah. Mengharapkan modal dan pasaran dari
negara maju.
(iii) Malaysia mengambil beberapa langkah untuk pelaburan asing bagi meningkatkan ekonomi
negara dan seterusnya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
(iv) Melalui Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari Jepun dan Korea.
(v) Menjalinkan hubungan dengan negara membangun dan negara Islam untuk meningkatkan
pasaran barangan dan melabur di negara berkenaan
3. Faktor Politik
(i) Mengamalkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.
(ii) Menekankan kepada pemeliharan kedaulatan negara-negara lain.
(iii) Menyokong Palestin untuk mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat
(iv) Berpegang kepada prinsip dan piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia.
(v) Menyokong semua resolusi yang diambil PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan
dunia.
4. Faktor Geografi
(i) Kedudukan strategik di Asia Tenggara.
(ii) Bersempadan dengan Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina.
(iv) Perairan negara menjadi laluan kapal dagang antarabangsa.
(v) Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meningggalkan kesan kepada
keselamatan negara.
5.Faktor Demografi
(i) Hubungan diplomatik dengan negara-negara yang pendudduknya majoriti beragama Islam.
(ii) Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu menceroboh dan
menindas penduduk Palestin.
(iii) Kebebasan kepada penduduk pelbagai kaum untuk mengamalkan budaya hidup dan agama
masing-masing.
(iv) Menentang Dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.
b. i. Huraikan ciri-ciri Dasar Luar Tahap PERTAMA (TUNKU) *****2018
152