Page 154 - sejarah spm 2018 nota
P. 154
2. Dasar Malaysia berubah kerana kurangnya peranan AMDA serta pengaruh Britain di Timur.
3. Selain itu, disebabkan juga oleh pergolakkan di Vietnam yang melibatkan dua buah kuasa
besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
4. Dalam mencapai matlamat dasar luar, Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas
dan Berkecuali(ZOPFAN) dengan negara anggota ASEAN.
5. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis, iaitu
China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara, dan Mongolia.
6. Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vitnam pada tahun 1976.
7. Malaysia mengatasi masalah pelarian Vietnam dengan bantuan negara jiran.
b. iii. Huraikan Ciri-ciri Dasar Luar Negara di Tahap Ketiga (MAHATHIR) ******2018
1. Malaysia menekankan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu
perdagangan, pelaburan, dan pembangunan dalam kalangan negara membangun.
2. Malaysia mengadakan hubungan dengan negara-negara ASEAN, misalnya melalui
penyelesaian masalah krisis Vietnam dan Kampuchea.
3. Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur melalui Jepun dan Korea Selatan dengan mengambil
dan menerima pakai nilai-nilai murni seperti semangat cinta akan negara, kesungguhan dalam
pekerjaan serta etika pengurusan kerja yang baik.
4. Mengadakan hubungan dua hala melalui lawatan ke negara Afrika, Amerika Selatan,
Caribbean, dan Pasifik Selatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Dalam lawatan tersebut, misi perdagangan serta perjanjian perdagangan dua hala yang
menguntungkan dititik beratkan.
c. Hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain penting terhadap masa depan politik dan
ekonomi Malaysia. Hujahkan @ Bincangkan @ Sejauh mana benar
POLITIK Dapat menangkis ancaman kuasa asing Dapat memelihara kedaulatan negara
Dapat menjalin hubungan baik dengan negara luar
Dapat meneruskan amalan sistem demokrasi Dapat mewujudkan kestabilan politik
Dapat menyelesaikan sebarang masalah dengan negara luar melalui rundingan
EKONOMI Menggalakan pelaburan asing Mudah memasarkan barangan Malaysia
154