Page 155 - sejarah spm 2018 nota
P. 155
Mudahkan pertukaran teknologi Mudah membawa masuk tenaga kerja
Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Selepas merdeka,
Malaysia terlibat dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-
Selatan, dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Latar Belakang Pertubuhan Komanwel
1. Ditubuhkan pada tahun 1931 yang terdiri dari negara bekas jajahan Britain yang telah
merdeka.
2. Terdiri dari 54 buah negara maju dan negara sedang membangun.
3. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.
4. Penubuhannya bertujuan untuk membina semangat setia kawan antara negara anggota serta
mewujudkan kerjasama dalam segala bidang.
Faedah yang diperoleh oleh Malaysia
1. Selepas merdeka, Komanwel bertindak membantu Malaysia memelihara keamanan serta
kedaulatan negara melalui sekatan terhadap pengaruh Parti Komunis Malaya.
2. Perjanjian AMDA menjanjikan bantuan kepada negara kita sekiranya diserang musuh semasa
berkonfrantasi dengan Indonesia.
3. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) diadakan dua tahun sekali bagi
membincangkan hal-hal yang berkait dengan kepentingan bersama.
4. Pada tahun 1989, mesyuarat CHOGM mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.
5. Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang
rendah.
6. Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan bisasiswa dalam bidang pendidikan.
Sumbangan Malaysia Melalui Komenwel
1.Tuan rumah CHOGM pada tahun 1989.
2. Bersuara lantang menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
3. Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
155