Page 153 - sejarah spm 2018 nota
P. 153

ATAU : Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang bersifat
               pro-Barat?


               1. Pada tahap pertama, Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat yang anti komunis serta berbaik-baik
               dengan negara jiran dan Komanwel.
               2. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman (1957-1970) berdasarkan kepada faktor politik,
               ekonomi, dan sosial.
               3. Faktor politik yang berkaitan dengan ancaman komunis di Asia Tenggara serta Parti Komunis Malaya
               di dalam negara, mendorong Malaysia meminta bantuan dari negaranegara Komanwel, iaitu Britain,
               Australia, dan New Zealand.
               4. Sebagai usaha untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis, satu perjanjian Pertahanan
               Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) dilaksanakan pada tahun 1956.
               5. Melalui perjanjian ini, British akan memberi bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana
               negara.
               6. Malaysia juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian:

                     (a) Perjanjian dengan Thailand dan Filipina melalui pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
                       (ASA) pada tahun 1961.

                     (b) Perjanjian MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Indonesia dan Filipina.

                     (c) Perjanjian ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina, dan Singapura.


               7. Dari segi ekonomi, Malaysia amat bergantung kepada Britain kerana



                     (a) Malaysia terlibat dalam anggota blok sterling dalam menjalankan perdagangan melalui nilai
                       mata wang paun sterling.

                     (b) Malaysia memberi tumpuan pada hasil bijih timah dan getah kerana permintaan dari negara
                       Barat seperti Britain.

                     (c) Britain masih menguasai ekonomi Malaysia melalui sistem perladangan dan perindustrian.

               8. Malaysia membina rangkaian dagangan dengan Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman bagi
               mengurangkan pergantungan serta mencari pasaan baru.




               b. ii. Huraikan ciri-ciri dasar luar Malaysia di Tahap KEDUA (Tunku Abdul Razak (1972 -1976) &
               Tun Hussein ( 1976 – 1981 ) *****2018

               ATAU : Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
               semua negara

                     1. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.

                                                             153
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158