Page 42 - sejarah spm 2018 nota
P. 42
dari Arab iaitu Syeikh Ismail.
ii. Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.
1. Dikemukakan oleh E.G Eredia dan S.Q. Fatimi.
2. Menurut Eredia, Canton pernah menjadi pusat perniagaan pedaganf Arab hingga pedagang China
memeluk Islam.
3. Pedagang China Islam ini kemudiannya berdagang di Asia tenggara disamping menyebarkan Islam.
4. Menurut Fatimi pula, pedagang China Canton pernah berpindah beramai –ramai ke Asia Tenggara.
5. Bukti kedatangan Islam dari China ini boleh dilihat pada Batu Bersurat Terengganu, batu nisan yang
mempunyai ayat al-Quran di Pekan, Pahang.
6. Wujud persamaan antara seni bina China dengan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Jawa
seperti bumbung pagoda, atap genting China.
iii. Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India.
1. Dikemukakan oleh S.Hurgronje – Islam datang dari Gujerat dan pantai Koromandel.
2. Hubungan dagang dengan India telah wujud lama – memberi peluang pedagang Islam India
menyebarkan Islam.
3. Terdapat batu marmar pada batu nisan mempunyai cirri buatan India – contohnya di batu nisan Raja
Malik Pasai.
3. Unsur budaya India amat rapat sejak sebelum Islam – budaya Hindu.
2. a. Bagaimanakah penyebaran Islam di Asia Tenggara mudah dilakukan?
ATAU Cara – cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara. (*******)2018
a) Perdagangan.
1. Pedagang dari Arab, China dan India telah lama menjalin hubungan di pelabuahn Asia Tenggara
seperti di Selat Melaka, Kepulauan Rempah.
2. Sikap dan tingkahlaku baik pedagang Islam ini menjadi ikutan penduduk setempat.
3. Setengah pedagang luar ini membawa ulama bersama mereka untuk berdakwah di pelabuhan.
4. Sifat mahmudah (sopan-santun, ikhlas, lemah-lembut) pedagang Islam menarik minat orang
tempatan.
5. Pedagang Islam juga mempunyai hubungan baik dengan pemerintah tempatan hingga diberi
keistimewaan. Ada diantara mereka dianugerah jawtan syahbandar , syahbandar inilah yang turut
menyebarkan Islam.
42