Page 37 - sejarah spm 2018 nota
P. 37
3. Pelantikan mendapat sokongan terbanyak.
4. Kepakaran dalam perundangan Islam. MENJADI RUJUKAN PERUNDANGAN @
PERMASALAHAN ISLAM
Sumbangan:
1. Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Cth dalam Perang Siffin .
Sanggup berdamai dan berunding.
2. Membina markas tentera di Parsi dan Sempada Syria.
3. Ekonomi :Kutipan Jizyah diteruskan. Spt dalam surat kepada al-Asytar.
Kesimpulan:
1. Sistem pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin menitikberatkan :Kesejahteraan agama, rakyat
dan negara.
2. Kerajaan Islam Madinah dapat berkembang dengan kukuh dan berkembang menjadi negara yang
kuat.
3. Kerajaan Islam dapat bersaing dengan Rom dan Parsi. Khalifah tidak mementingkan diri dan
tidak mengamalkan kehidupan mewah.
4. Berjuang mengekalkan pembangunan,kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata.
5. Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.
6. Pada akhir pemerintahan Khulafa ArRasyidin digantikan dengan pemerintahan sistem warisan
iaitu pemerintahan dibuat secara turun temurun atau monarki.
7. Sebelumnya sistem syura. Sistem syura bermaksud pelantikan dibuat secara musyawarah dan
dipersetujui sama ada sebulat suara ataupun secara demokrasi. Pandangan para sahabat dan umat
Islam dilakukan bagi mendapatkan pengganti yang baik.
Kerajaan Abbasiyah*****2018
1. a. Huraikan Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti
Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih tinggi).
2. Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.
3. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.
4. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.
5. akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
6. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w)
agar mendapat sokongan.
7. Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
8. Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan
Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
9. Ketika pemerintahan Abu Jaafar al – Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke
Baghdad.
10. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.
37