Page 35 - sejarah spm 2018 nota
P. 35

2.                 menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt.
                   3.                 mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura
                   4.                 memantapkan sistem perundangan Islam.

               Ekonomi:
                   1.                 menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara-baitulmal
                   2.                 mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.


                                          Sumbangan Khulafa Al Rasyidin

               1. Abu Bakar As Siddiq  (SPM 2016)

               Lahir 573M – nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah. As Siddiq bermaksud yang membenarkan
               kerana  sentiasa meyakini kebenaran  nabi  saw.  Ikhlas, jujur dan setia. Juga  digelar  penyelamat  umat
               islam.

                   1.     Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam . Berpunca daripada:
                          a.      Orang islam yang murtad (golongan al Riddah), Nabi-nabi palsu dan yang enggan
                              membayar zakat berpunca  menyalahtafsirkan ayat al Quran
                             Diselesaikan melalui gerakan al Riddah
                   2.     Mempertahan  Madinah  daripada  ancaman  kuasa  luar  spt  Parsi,  Rom  Timur,  Menghantar
                       Khalid Al Walid tentang Parsi di Iraq, Usamah bin Zaid ke Ghassan. (Rom Timur)
                   3.     Melicinkan pentadbiran dengan pembahagian 10 wilayah spt:-
                        Makkah, Taif, Yaman, Al Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadrahmaut, dan Nijran
                   4.     Memperkenalkan bayaran bergaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
                   5.     Perkenalkan  undang-undang  tanah  dan  hak  rakyat  terutama  golongan  Mawali  –  orang
                       bukan arab yang peluk Islam – hanya perlu bayar cukai tambahan.
                   6.     Mengumpulkan kitab al Quran – arahkan Zaid bin Thabit. Sebab kumpul:
                          a.      Ramai hafiz al quran gurgur shahid semasa gerakan ar riddah.
                                      Sebelumnya ayat al quran disalin dalam bentuk:
                                            i.     batu
                                            ii.    kulit binatang
                                            iii.   kayu dan tulang
                          b.     Disimpan oleh Khalifah Umar, Hafsah ( Isteri Nabi saw.) dan Uthman bin Affan

               2. Umar Bin Al-Khattab   (***** 2018)
                   1.     Berasal daripada Bani Adi , Lahir pada 583M. Nama sebenar Umar bin Al Khattab bin Naufal –
                       Keturunan Quraish. Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang.Dikenali dengan
                       Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
                   2.     Pelantikan dicadang oleh Abu Bakar As Siddiq dan dipersetujui para sahabat.
                   3.     Jangka masa pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan sebab:
                          a.      Banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan.
                   4.     Bidang politik:
                          a.      Perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai
                          b.     Tubuhkan Majlis Syura dianggotai Muhajirin dan Ansar
                          c.     Bahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah
                          d.     Melantik  wali  atau  gabenor  sebagai  ketua  –  bertindak  sebagai  ketua  pentadbir  dan
                              tentera.



                                                             35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40