Page 36 - sejarah spm 2018 nota
P. 36
e. Tubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Polis, Percukaian, dan
Perbendaharaan. Negara. Diketuai Khatib atau setiausaha.
f. Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk elak salah laku oleh hakim
dan dibayar gaji bulanan – 500 dirham.
5. Bidang Sosial
a. Pendidikan – sediakan guru dan tempat belajar serta kembangkan pembelajaran
alquran.
i. Sebagai contoh ; Abu Sufyan dihantar ke kawasan orang badwi
b. Perkenalkan kalendar Islam dan Tahun Hijrah.
c. Susun semula sistem ketenteraan bentuk tentera tetap dan sukarela.
d. Markas tentera dibina dibandar utama.
e. Kubu Pertahanan di sempadan yang menghadap musuh seperti Di Madinah, Kufah,
Fustat dan Basrah.
6. Bidang Ekonomi.
a. Bina terusan dan tali air – tambah hasil pertanian seperti empanagan Abu Musa di
Basrah dan Terusan Amirul Mukminin – 111km di Mesir.
b. Rakyat digalak teroka tanah baru dan usaha tanah terbiar.
c. Perkenal pelbagai cukai spt:
i. Kharaj – berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
ii. Jizyah – dikenakan terhadao golongan zimmni – orang bukan Islam yang duduk
dalam wilayah Islam dan kekal dengan tradisinya. Mereka bebas daripada
perkhidmatan tentera dan pembayaran zakat.
d. Baitulmal diperkenalkan bagi kawal aliran zakat
3, Khalifah Uthman Bin Affan (*****) 2018
Latar belakang
1. Nama sebenar Uthman bin Affan Bin Abil As bin Umaiyah. Lahir pada 576M.
2. Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, sikap simpati,
3. Digelar Zun Nurain – mempunyai dua cahaya kerana pernah kahwini dua orang puteri Nabi
4. Pelantikan melalui majlis syura. Enam calon dicadangkan :
5. Ali Abu Talib dan Uthman bin Affan mendapat undi sama banyak. Abd Rahman bin Auf
mendapatkan pendapat orang ramai dan bersetuju yang Uthman layak menjadi khalifah yang
ketiga.
Sumbangan :
1. Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Samarkand, Cyprus,dan Tripoli.
2. Memperkukuhkan pertahanan dan membina tentera LAUT Islam .
3. Menjadi satu nashkah Al Quran sebagai bacaan yang rasmi – Mushaf Uthmaniah.
4. Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat.
5. Mengukuhkan peranan baitulmal untuk biayai pembangunan negara dan perkuat tentera islam
spt pembelian senjata dan kapal.
6. Jizyah dikekalkan.
4. Khalifah Ali Abu Talib (*****) 2018
Latar Belakang.
1. Lahir 602 M. Bani Hasyim.
2. Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya.. Tegas serta berpengetahuan luas
dalam Islam. MENJADI RUJUKAN PERUNDANGAN @ PERMASALAHAN ISLAM
36