Page 38 - sejarah spm 2018 nota
P. 38
11. Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan raja).
12. Nama kerajaan ini diambil sempena nama al – abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).
b. Huraikan Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam bidang pendidikan @ Intelektual @
dalam perkembangan ilmu pengetahuan
1. Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
2. Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing
ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .
3. Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman
al-Makmun Harun al rashid.
4. Kegiatan utama:
a. Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:
i. Catat segala idea atau percakapan
ii. Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.
iii. Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..
b. Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah.
Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah
( Fikahdan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.
c. Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
5. Kelebihan terjemahan:
a. Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya. Hurai dan buat penambabaikkan dengan
memuatkan keterangan dan ulasan.
b. Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima
hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
c. Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke
bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.
6. Kesan perkembangan ilmu:
a. Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.
b. Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.
38