Page 10 - PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN 2015-2020
P. 10
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional,
beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:
Pelanggan dilayan dalam tempoh lima (5) minit bagi proses peminjaman, pemulangan
dan pembaharuan pinjaman bahan pinjaman perpustakaan;
Pertanyaan rujukan mudah, cadangan dan aduan pelanggan diberi maklumbalas dalam
tempoh 24 jam bekerja;
Bahan perpustakaan diproses dan dikatalog dalam tempoh satu (1) bulan untuk rujukan
pelanggan;
Artikel yang dimohon melalui perkhidmatan perundingan dan rujukan dibekalkan
kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
Akses kepada portal perpustakaan disediakan 24/7 kepada pelanggan.