Page 13 - PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN 2015-2020
P. 13
PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN 2015 – 2020
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015 – 2020 merupakan satu dokumen halatuju
yang dibangunkan sebagai indikator penentu jabatan yang telah dirancang dan dibangunkan
untuk tempoh lima (5) tahun. Dokumen ini menjadi sumber rujukan kepada kakitangan
Perpustakaan Tuanku Bainun untuk melakukan perancangan dan melaksanakan aktiviti
perlestarian berdasarkan strategi, pelan tindakan dan sasaran yang telah ditetapkan.
Pelan strategik ini dibangunkan sejajar dengan Pelan Strategik Universiti Pendidikan Sultan
Idris 2015 – 2020 yang telah dibangunkan dengan sasaran kecemerlangan yang disasarkan
oleh pihak universiti. Di dalam memantap dan melestarikan Perpustakaan Tuanku Bainun,
sasaran halatuju perpustakaan telah pun dibangunkan dengan mengambil kira teras-teras
yang menjadi pemangkin asas kepada halatuju berkenaan. Antara sasaran kecemerlangan
yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
Mencapai 90%
kadar celik literasi
maklumat warga
UPSI Menjadi Pusat
Pusat Rujukan bagi Sokongan
bidang pendidikan Penyelidikan dan
awal kanak-kanak Penerbitan
Universiti
Perolehan bahan Sasaran Jumlah koleksi
senarai bacaan bercetak
berdasarkan PTB perpustakaan
Rangka Kursus menjelang mencapai sekurang-
dicapai sebanyak kurangnya 500,000
100% 2020 naskhah
11