Page 14 - PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN 2015-2020
P. 14
Dalam memacu kecemerlangan dan pengukuhan struktur fungsi Perpustakaan Tuanku
Bainun, Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015 – 2020 telah menggariskan lima
teras utama yang akan diberikan penekanan.
Teras 1 Perkhidmatan
• Memperkasakan fungsi, peranan dan penyampaian perkhidmatan perpustakaan
dan maklumat selaras dengan trend pengguna perpustakaan masa kini bagi
menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Teras 2 Koleksi
• Memantapkan koleksi sumber rujukan perpustakaan untuk menyokong keperluan
pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti.
Teras 3 Literasi maklumat
• Memperkukuhkan program literasi maklumat untuk menyokong keperluan
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Teras 4 Penyelidikan
• Memperkasakan budaya penyelidikan dan penulisan di universiti.
Teras 5 Kompetensi
• Memperkukuhkan kompetensi profesion kepustakawanan bagi memantapkan
sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti