Page 242 - qiraat sab'ah
P. 242
Syarah Al-Syatibi
fa ) ف) “ “ , “ “. Qurra selain darinya membaca dengan baris
dhommah (hadapan) pada huruf tersebut.
* ٍ واوب هُ فْ ـقو ُ ةزحْو
ِ
ََْ
َ ُ َ
َ
Pada ketika waqaf, Imam Hamzah membaca pada dua kalimah tersebut dengan
(ibdal) iaitu menukarkan huruf hamzah (ء) kepada huruf wau (و) mengikut
penulisan kerana huruf hamzah (ء) di kedua-dua kalimah tersebut ditulis dengan
rumah (surah) huruf hamzah (ء) “ “, “ “.
* َ لصوم َُّ ثُ افقاو صْ فحو
ِ
ِ
ً
َ ٌ َ َ
ُ
Imam Hafs pula membaca pada huruf hamzah (ء) tersebut dengan huruf wau (و)
sama ada ketika wasal ataupun waqaf.
Kesimpulan bacaan antara qurra` pada kalimah tersebut seperti berikut:
i. Imam Hamzah:
Ketika wasal - membaca dengan taskin (matikan) huruf zai (ز) dan huruf
fa (ف) dan tahqiq (menjelaskan) huruf hamzah (ء).
Ketika waqaf – membaca dengan naqal (pindah) baris hamzah (ء)
kepada huruf sebelumnya dan juga dibaca dengan ibdal (ganti) huruf
hamzah (ء) kepada huruf wau (و).
ii. Hafs: membaca dengan baris dhommah (hadapan) pada huruf zai (ز)
dan huruf fa (ف) serta diibdalkan (ganti) huruf hamzah (ء) dengan huruf
wau (و) sama ada ketika wasal ataupun waqaf.
iii. Qurra selebihnya membaca dengan baris dhommah (hadapan) huruf
zai (ز) dan huruf fa (ف) serta ditahqiqkan (jelas) huruf hamzah (ء) ketika
wasal dan waqaf.
[223]