Page 621 - qiraat sab'ah
P. 621
Syarah Al-Syatibi
Bab Takbir
ِ
ِ
ِ
ِ
َّ
ِ
َ
َ َْ ْ َ َ
َ لحمتَ ـف نيِ ركاذلا ضور دعـت لاو لبْ قم ِ قستساَ ف الله رْ كذ بْ لَ قْلا ىور
ُ
ُ ْ َْ
ََ
َ
ُ
ُ َ
َ
Syeikh memulakan bait ini dengan menerangkan perkara yang berkait dengan bab
takbir dengan mengumpamakan bumi yang tandus dan kering kontang dapat
dihidupkan dengan siraman air. Begitulah halnya dengan hati seseorang muslim
akan dapat dihidupkan dengan perbanyakkan zikir kepada Allah. Mereka yang
sentiasa melazimi dengan zikir dalam kehidupan, hati-hati mereka akan disinari
dengan cahaya rahmat Allah yang dapat melemahkan bisikan syaitan yang
sentiasa mengoda anak-anak Adam, sebagaimana seperti kalam Ibn Abbas:
سنخ الله ركذ اذإو سوسو لفـغ اذإف مدآ نبا بلق ىلع ثُاج ناطيشلا نإ
Maksud:
Sesunguhnya syaitan akan mengcekam hati-hati anak Adam, sekiranya
mereka lupa dan lalai syaitan, akan timbul keraguan dalam hatinya. Apabila
dia mengingati akan Allah syaitan akan berpaling darinya.
Berzikir atau mengingati Allah hendaklah disertai dengan hati yang tulus dan
hendaklah juga menyebut dengan lidah kerana itulah sebaik – baik zikir.
Sentiasalah bersama dengan majlis – majlis zikir bagi mengelakkan diri dari
tergolong dikalangan mereka yang lalai dan keras hati serta mudah dipengaruhi
dengan pujukan syaitan, sebagaimana Firman Allah SWT:
……….. (al-Mujadalah - 19),
Maksudnya:
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan
mereka lupa mengingati (ajaran dan amalan) Allah………………
ِ
ِ
ِ ِ ِ
ِ
ِِ
لئومو انصح دبعْ لل هُ لـثم امو هبْ ذع َ ةارـثم ِ رثَلآا ِ نع رثآو
َ
َ
ْ
َ ُ ْ
َ
ً ْ
َ ْ َ
ََ
ََْ
َ َ
Sentiasalah berada dalam keadaan berzikir kepada Allah sebagaimana dituntut
dalam hadith-hadith yang sahih dari Rasullulah S.A.W. Sesungguhnya zikir itu
mempunyai banyak kelebihan yang dapat menjauhkan diri dari kehancuran dan
fitnah dunia. Zikir dapat memelihara seseorang dari godaan syaitan dan fitnah
dunia serta melepaskan manusia dari seksaan neraka Allah S.W.T di hari kiamat
nanti.
[602]