Page 623 - qiraat sab'ah
P. 623
Syarah Al-Syatibi
ِ
ِ ِ
ِ
َ لسْ لسم ىورـي ِ متْلخا برُ ـق ِ تَاوــــــ ــْلخا عم مهيْبْ كت ينكمْلا ِ نع هيفو
َ
َ َ َ
َ َ ُ
َ
َ
َ َ َ ْ ُُ
ُْ َْ َ ْ
Setelah diterangkan tentang kelebihan zikir dan mereka yang sentiasa membaca
al-Quran, pada bait ini diterangkan pula intipati bab ini dengan menyatakan
sebutan takbir ketika membaca al-Quran di kalangan qurra` adalah merujuk
kepada bacaan pada surah-surah terakhir dalam al-Quran.
Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Syu`ab al-Iman dan al-Hakim dalam
al-Mustadraq menyatakan, al-Bazzi meriwayatkan bacaan daripada Ikrimah bin
Sulaiman: Berkata Ikrimah, aku membaca al-Quran di hadapan Ismail bin
Abdullah, apabila sampai pada surah al-Dhuha beliau berkata kepada ku,
bertakbirlah pada setiap surah hingga akhir, Beliau menyatakan Abdullah bin
Ibn Kathir menceritakan padanya diambil bacaan tersebut dari Ibn Mujahid dari
Ibn Abbas dari Ubai bin Ka`ab dari Rasullullah S.A.W.
ِ
ِ
ِ
ِ
َ لَّ سوـت َ نوحلْ فم ْلا َّ تىح دمْلَا عم اوُ فدرَأ ِ ساَّنلا ِ رخآ قي اوَّ برَ ك اذإ
َ
ُ
َ َْ َ َ
َْ
َ
ِ
ِ
ِ
ِ
َّ
ِِ
َ لَّ صو ِ ليللا ِ رخآ نم هَ ل ضعـبو ىحُْ ضلا ِ رخآ نم ُْ يِ زـبْلا هب َ لاَ قو
َِ
َ ْ
ْ
ْ ُ ٌ ََْ
َ
Pada bait ini Syeikh menerangkan, sekiranya dibaca dengan lafaz takbir
sebagaimana bacaan ahli Mekah pada akhir surah al-Nas hendaklah diikuti takbir
tersebut dengan surah al-Fatihah dan disambung dengan awal surah al-Baqarah
hingga kepada Firman Allah “ “(al-Baqarah - 19). Di sana tidak
terdapat takbir antara surah al-Fatihah dan al-Baqarah.
ِ
ِ
ِِ
* ىحُْ ضلا ِ رخآ نم ُْ يِ زـبْلا هب َ لاَ قو
ْ
َِ
َ
Ini adalah keterangan awal tempat yang dibaca dengan takbir. Bait ini menyatakan
al-Bazzi membaca dengan takbir di akhir surah al-Dhuha dan pendapat ini adalah
yang paling rajih.
ِ
ِ
ِ
ِ ِ
َ ْ
ُ َّ
َ لمسبم هعم ِ عْطَ قْلا َ نود لُ كْلا ِ لص وَأ ه يَ لع وَأ هنود عَ طْقاَ ف تئش ْ نإَ ف
ْ َُ َُْ
ْ َ ْ َُ ُ ْ
ْ
Syeikh al-Dhuba` telah menyatakan dalam kitabnya (Irsyad al-Murid) dalam bab
wajah-wajah takbir di antara dua surah dengan lapan wajah:
i. Dua wajah takbir pada akhir surah:
• Diwasalkan (sambung) lafaz takbir dengan akhir surah serta
diwaqafkan padanya. Seterusnya diwasalkan al-basmalah
dengan awal surah.
[604]