Page 627 - qiraat sab'ah
P. 627
Syarah Al-Syatibi
Makharij al-Huruf
لَّ صمُ اهيف داَّ قُْنلا ُ ةَ ذباهج ىَ كح امو فورْلَا نيِ زاوم َ كاهو
َ َُ َ ِ ِ ـ ِ َ َ َ ََ ِ ُُ ُ ََ َ َ
Bait ini menjelaskan ambillah dan berpeganglah dengan makharij huruf yang
memisahkan antara satu huruf dengan huruf yang lain. Setiap huruf mempunyai
makhraj khusus serta berlainan dengan huruf-huruf yang lain. Oleh kerana itu
berpeganglah dengan keterangan yang disampaikan oleh para ulama dan guru-
guru yang mempunyai kepakaran dalam ilmu ini, sebagaimana dijelaskan dalam
kitab-kitab mereka.
ِ
ِِ
ِ ِ
ِ
ِ
لتبلاا ُ قدصي فيَّ زلا ِ ليلص دنعو بِِ ر لاو َّ نهنيع ِ قي ٌ ةبيِ ر لاو
َ
َ َ
َْ
َ َ ْ
َ ْ
ْ
ُ ْ َ
َ
َ
َ
َ
Tiada syak dan keraguan lagi, setiap huruf abjad mempunyai perbezaan di antara
satu huruf dengan huruf yang lain.
* لتبلاا ُ قدصي فيَّ زلا ِ ليلص دنعو
ِ
ِ
ِ ِ
ِ
َ َ ْ
َ ْ
ُ ْ َ ْ
َ
Ketika seseorang menyebut setiap huruf, akan jelaslah kepada mereka yang mahir
dengan makhraj dan sifat tentang sebutan huruf tersebut tepat atau sebaliknya
sebagaimana duit dirham dapat diuji kualitinya dengan bunyi geseran.
ِ
ِ
ِِ ِ
ِ
لاَّ وُ ـقو ينلماع ِ نِاعمْلبِ اونع لَولأا نم َّ نهنييعـت ِ قي َّ دب لاو
َ
َ
ْ َ
ُُ
َ َ
َ
ُ َ
َ
Tidak mungkin seseorang dapat mengetahui makhraj huruf melainkan dengan
diambil dan dipelajari dari para imam qurra` yang menerangkan tatacara dan
kaedah makhraj serta sifat huruf.
* Perhatian:
Bilangan makharij huruf di sisi Imam al-Shatibi rahimahullah sebanyak enam belas
makhraj dengan menggugurkan makhraj al-jauf dan diletakkan makhraj huruf
tersebut iaitu huruf mad dengan huruf alif pada pangkal halqum (tekak) bersama
dengan huruf hamzah (ء) dan huruf ha` (ـه). Huruf ya`(ي) diletakkan pada
pertengahan lidah sebagaimana huruf ya (ي) berbaris dan huruf wau (و) bersama
huruf wau (و) berbaris pada dua bibir.
[608]