Page 622 - qiraat sab'ah
P. 622

Syarah Al-Syatibi


                                                                                          ِ
                                            لَّ بَ قـتم هِ رْ كذ نم ازْلْا َ ةادَ غ                        هباَ ذع نم هَ ل ى ْ نَْأ لمع لاو
                                          َ َُ  ِ ِ ِ         َ                    ِِ  َ ْ ُ      ٌ َ َ َ  َ
                                                     ْ ََ
                   Zikir  adalah  sebaik-baik  amalan  yang  akan  menyelamatkan  seseorang  itu  dari
                   azab Allah S.W.T pada hari kiamat nanti, sekiranya zikir tersebut diterima sebagai
                   satu  amalan  di  sisinya.  Allah  S.W.T  tidak  menerima  sesuatu  amalan  yang
                   dilakukan  oleh  hambanya  melainkan  amalan  tersebut  disertakan  dengan
                   keikhlasan dan menepati tatacara syara` yang diajar oleh Rasullulah S.A.W.

                                                                                      ِ
                                               ِ
                                                 َّ
                                        لَّ مَ كم نيِ ركاذلا ِ رجَأ يْخ لنـي                        هناسل هنع ُ نآرُ قْلا لغش نمو
                                                                                  َُ
                                      َ
                                                                                                   َ َ
                                                                                       َُْ
                                                                                                      ْ َ
                                                         ْ َ ََ
                                                                                             ْ
                                                                                    َ
                                                      ْ َ
                                                            ْ
                                           ُ َ
                                                                                                 َ
                   Sebaik-baik zikir itu adalah membaca al-Quran. Allah S.W.T menganugerahkan
                   kepada  pembaca  al-Quran  dengan  sebaik-baik  ganjaran  orang  yang  berzikir,
                   sebagaimana hadith:
                          ينلئاسلا يطعأ ام لضفأ هتيطعأ تلئسمو يركذ نع ناءرقلا هلغش نم : لجو زع برلا لوقي
                   Maksudnya:
                          Berfirman Allah Azza Wajalla, Sesiapa yang disibukkan dengan al-Quran
                          daripada mengingati Ku dan urusan Ku, Aku akan mengurniakan kepada
                          mereka lebih baik daripada apa yang Aku berikan kepada yang meminta.

                                                ِ
                                                      ِ
                                                                                    ِ
                                                                                        ِ ِ
                                       َ   لَّ صوم لااتَراو ًّ لح ِ متْلخا عم                       هحاتتْفا َّ لاإ لامعَ لأا لضْفَأ امو
                                             ً َ
                                                                                                   َ
                                                                                             ْ
                                                                                ْ ُ َ
                                                                                            َ
                                                                                                        ََ
                                                 ْ َ
                                           َُ
                                                         َْ َ َ
                                                                                                 ُ
                   Setelah diterangkan tentang kelebihan golongan yang sentiasa bersama dengan
                   al-Quran  dan  kelebihan  ganjaran  daripada  Allah  S.W.T,  bait  ini  menerangkan
                   perihal  kelebihan-kelebihan  mereka  yang  membaca  al-Quran  sehingga  khatam
                   dan mengulanginya kembali. Bait ini menepati maksud hadith yang diriwayatkan
                   oleh Ibn Abbas:
                              لاتَرلماو لالَا : لاق .لج و زع الله لَإ بحأ لاــمعلأا يأ الله لوسر يا : لـجر لاق
                   Maksud:
                          Berkata  seorang  lelaki:  Wahai  Rasullullah,  apakah  amalan  yang  amat
                          disukai  Allah  Azza  Wajalla.  Sabda  Rasullullah  “  al-Hal  wa  Murtahal  “
                          (Pembaca al Qur'an yang membaca (mengkhatamkan) dari awal Al Qur'an
                          sampai akhir dan dari akhir Al Qur'an sampai awalnya, setiap kali selesai
                          (pengkhatamannya), ia langsung pergi).








                                                             [603]
   617   618   619   620   621   622   623   624   625   626   627