Page 24 - E-Book_Neat
P. 24
TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM
perkara yang akan berlaku seterusnya. Sebagai contohnya, peristiwa Fuad
mendapati akaun banknya mengandungi wang lebih daripada dua ratus ribu ringgit
telah menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca tentang wang yang begitu
banyak yang terdapat di dalam akaun bank Fuad. Pembaca ingin tahu dari mana
sumber wang tersebut diperolehnya.
KEJUTAN
Teknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-
sangka oleh pembaca. Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan
peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku secara mengejut.
Pengarang menggambarkan teknik ini melalui peristiwa Fuad yang terkejut
apabila mendapati bahawa emak Farhana bernama Mariana binti Osman. Peristiwa
tersebut mengejutkan para pembaca kerana pembaca tidak menyangka bahawa
nama Mariana sama dengan nama ibu Fuad. Hal ini bermakna, mereka berdua
ialah adik-beradik kandung.
Secara keseluruhannya plot penceritaan digarap mengikut kronologi. Terdapat
empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan