Page 29 - E-Book_Neat
P. 29

TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM


                              Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three

                              act  structure).  Sejak  drama  tragedi  Greek,  drama  Elizabeth  (Inggeris)  hingga
                              drama moden dan lakon layar filem, kesemua struktur skripnya dipecahkan kepada

                              tiga bahagian. Perbandingannya adalah seperti kehidupan manusia yang terbahagi
                              semasa dilahirkan, dewasa dan akhir hayatnya.

                              Sebelum  memulakan   sebarang  bentuk  tulisan,  kita  perlu  mempunyai  asas  yang
                              kukuh.  Hal  ini  demikian  kerana  asas  yang  teguh  akan  mendukung  struktur,

                              konsep  dan  visi  sesebuah  drama.  Ia  akan  menghasilkan  satu  rangka  kerja  atau
                              karya  yang kukuh  yang tidak mudah pecah. Tanpa asas  yang  kukuh akan hanya

                              menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan sebagai “writers
                              block”.

                              Kebuntuan  lahir  disebabkan  tidak  adanya  perancangan.  Tanpa  perancangan,  ia
                              menyukarkan   penulis  mencari  arah  atau  jalan  yang  betul  dalam  menghasilkan

                              cerita.
                              Tiga  elemen  yang  cukup  penting  yang  perlu  diberikan  tumpuan  oleh  penulis

                              sebelum memulakan penulisan skripnya ialah:

                              •  Fokus
                              •  Logik

                              •  Perwatakan.


                              FOKUS
                              Untuk  sebuah  cerita  sentiasa  dalam  kesatuan,  watak-watak  dan  cara  mereka

                              berfungsi memerlukan fokus atau tumpuan. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan
                              cerita  kita berbentuk  linear, non-linear (spiral)  atau selari.  Sentiasa  memberikan

                              tumpuan  yang  kukuh  akan  menjadikan  proses  penulisan  kita  mudah  dan  lancar.
                              Fokus   memerlukan   beberapa   pertimbangan.  Yang   utama   adalah  dengan

                              mengetahui watak-watak (siapa mereka?), latar, sifat dan perkembangan mereka.
                              Fokus  juga  memerlukan  perwatakan  dan  cerita  secara  keseluruhan  mempunyai

                              matlamat yang jelas pada akhirnya.


                              LOGIK
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34