Page 33 - E-Book_Neat
P. 33

TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM


                              Jenis-jenis drama

                              Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama, iaitu:
                              •      Tragedi  –  sebuah  drama  yang  mengisahkan  suka  duka  dan  tragisnya

                              kehidupan  wira  utamanya.  Kisah  wira  ini  selalunya  berakhir  dengan  tragedi.
                              Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah yang utama.

                              •      Komedi   –  Drama  ini  memaparkan  kisahnya  dalam  bentuk  lucu  dan
                              menghiburkan. Ceritanya serius,  tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh

                              watak-wataknya.  Drama  ini  selalunya  digunakan  untuk  menyindir  masyarakat.
                              Plot drama komedi boleh berakhir dengan kepuasan penonton (kegembiraan) dan

                              boleh juga berakhir dengan kedukaan .Drama begini dikenali juga sebagai tragik-
                              komedi.

                              •      Melodrama – Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat
                              pada persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi

                              pembaca atau penonton.
                              Format Skrip Drama Pentas

                              Skrip  drama  pentas  mempunyai  formatnya  yang  sendiri.  Anda  wajar  mengikut

                              format yang standard apabila menulis skrip supaya ia mudah dibaca, difahami oleh
                              pengarah  drama  dan  yang  penting  ia  menunjukkan  yang  anda  memahami  genre
                              sastera  yang  anda  tulis.  Dalam  format  penulisan  skrip,  anda  perlu  memuatkan

                              perkara-perkara yang  berikut:

                              •      Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama
                              anda),  judul  sumber  asal  (novel)  jika  skrip  drama  itu  karya  adaptasi,  nama  dan

                              tempat terbit (jika diterbitkan) dan tahun.
                              •      Sinopsis.  Anda  perlu  juga  menulis  sinopsis  atau  ringkasan  drama  anda

                              (kira-kira 150 patah perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang
                              watak,  tema  dan  perjalanan  cerita  dan  yang  penting  mampu  menarik  minat

                              pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama anda.
                              •      Watak  dan  senarai  watak  –  Anda  perlu  memberikan  senarai  watak  yang

                              terlibat dalam drama  anda serta deskripsi ringkas  tentang perwatakannya seperti
                              bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat tertentu watak itu.

                              •      Pecahan babak juga perlu.
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38