Page 28 - E-Book_Neat
P. 28
TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM
membezakannya daripada drama yang dirakamkan secara mekanikal, iaitu filem,
drama radio dan drama televisyen.
CIRI-CIRI DRAMA DAN FILEM
Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:
• Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk
dibaca dan dipentaskan.
• Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi.
• Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak
yang diwujudkan.
• Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-
wataknya.
• Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-
watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.
• Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-
watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama.
• Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama
yang baik.
• Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan
latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan
sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.
STRUKTUR DRAMA DAN FILEM