Page 31 - E-Book_Neat
P. 31

TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM


                              ELEMEN DRAMA DAN FILEM

                              Elemen drama dan filem yang perlu diketahui oleh bakal penulis skrip ialah:
                              Tema/Pemikiran

                              Tema   ialah  idea  atau  persoalan  pokok  yang  dapat  dirumuskan  daripada
                              keseluruhan  inti  pati  cerita.  Persoalan  pokok  ini  merupakan  gagasan  yang  ingin

                              disampaikan  oleh  penulis  dalam  skripnya.  Pemikiran  ini  disampaikan  melalui
                              dialog  dan  aksi  watak-wataknya.  Pembaca  naskhah  atau  penonton  drama  yang

                              sensitif  akan  dapat  menangkap  idea  atau  persoalan  pokok  ini  selepas  selesai
                              membaca   skrip  atau  menonton  teater.  Malah,  selalunya  mereka  bukan  sahaja

                              dapat  menangkap  idea  atau  tema  drama  tersebut,  tetapi  juga  mereka  akan  dapat
                              menjaring  maksud  lain  atau  lapisan  maksud  yang  lain  yang  terkandung  dalam

                              drama  tersebut.  Pemikiran  yang  tersembunyi  yang  hanya  dapat  ditafsir  oleh
                              pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang

                              digunakan  atau  unsur  cerita  yang  disampaikan  oleh  penulis  dinamakan  sebagai
                              sub-teks.



                              LATAR
                              Elemen  tempat,  masa  atau  zaman  serta  masyarakat  yang  diceritakan  selalunya
                              dijelaskan  melalui latar.  Latar  dalam drama   penting dijelaskan,  tetapi perincian

                              latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk

                              menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada
                              pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas

                              menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke
                              satu babak yang lain.


                              BABAK

                              Bahagian dalam  drama  yang menjelaskan peristiwa  yang berlaku dalam  sesuatu
                              latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa

                              perubahan babak.


                              ADEGAN
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36