Page 36 - E-Book_Neat
P. 36
TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM
1. Jika anda berminat untuk menyertai stesen TV sebagai penulis atau
penyunting skrip anda sudah mempunyai pengalaman asas yang kuat.
RTM, TV3, NTV7, TV9, TV8, Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis, Tv Al
Hijrah sentiasa mempunyai kekosongan.
2. Anda juga boleh melamar jawatan kosong sebagai penulis/penyunting
skrip yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbitan/produksi swasta
seperti Metrowealth, Skop Productions dan banyak lagi.
Bila kita sudah berada dalam dunia hiburan kita punyai ramai kawan dan dari
merekalah kita mengintai peluang-peluang jawatan kosong yang saya sebutkan di
atas. Selain itu ada juga “jawatan kosong” yang berbeda yang anda boleh sertai
jika ada minat:
v Anda minat dalam videografi anda boleh mencuba nasib menjadi seorang
jurukamera produksi.
v Jika anda mempunyai lebihan wang anda juga boleh menjadi seorang
penerbit drama/filem.
Inilah yang berlaku dalam dunia hiburan masa kini. Contohnya saudara Rashid
Sibir adalah seorang penulis skrip yang baik yang pernah memenangi Penulis
Terbaik Anugerah Skrin TV3. Begitu juga saudara Nurhalim Ismail yang bermula
sebagai seorang penulis skrip. Kini mereka menjadi pengarah dan penerbit
tersohor dunia hiburan (termasuklah Professor Razak Mohaideen, Datuk Yusof
Haslam dan lain-lain lagi).