Page 32 - E-Book_Neat
P. 32

TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM


                              Adegan   merupakan  pecahan  dalam  sesuatu  babak  yang  menjelaskan  sesuatu

                              peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.


                              BAHASA
                              Asas  sebuah  drama  dan  filem  ialah  perkataan  atau  dialog.  Drama  terbina  oleh

                              dialog dan aksi. Oleh itu,  bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang
                              cukup  penting  bagi  sesebuah  drama.  Daripada  bahasa  yang  dituturkan  oleh

                              pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan. Sesebuah drama yang
                              baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya

                              berkesan  kepada  penonton.  Gaya  bahasa  atau  dialog  yang  meleret  dan  sukar
                              difahami  akan  menyebabkan  pembaca  dan  penonton  bosan  dan  akhirnya  hilang

                              tumpuan. Gaya bahasa  yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar
                              zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan

                              oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang
                              pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak

                              itu  terpancar  daripada  kualiti  dialog  yang  diucapkannya.  Watak  yang  gagal

                              mengucapkan   dialog  kuat,  humor  dan  menarik  akan  sukar  menarik  perhatian
                              penonton.  Oleh  itu,  pemilihan  diksi,  ayat  atau  unsur  bahasa  penting  dalam
                              mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.

                              Ekonomi, emosi dan keseimbangan


                              Secara  keseluruhannya  struktur  sesebuah  drama  dan  filem  bergantung  kepada

                              keseimbangan   dalam  semua  elemen.  Setiap  suatu  elemen  tersebut  mestilah
                              memberikan   sumbangan  dalam  membentuk  corak  dan  pola  sesebuah  drama  itu.

                              Setiap suatu elemen itu sentiasa berkaitan dan bergantungan antara satu sama lain.
                              Satu  aspek  yang  mesti  juga  diberi  perhatian  oleh  penulis  skrip  ialah  faktor

                              ekenomi.  Hai  ini  demikian  kerana  drama  ialah  satu  bentuk  komunikasi  yang
                              elemen  masa  memainkan   peranan  yang  penting.  Oleh  itu,  faktor  masa  perlu

                              diberikan  perhatian.  Selain  itu,  drama  juga  merangkumi  aspek  emosi.  Hai  ini
                              demikian   kerana  sesebuah  drama  itu  dihasilkan  untuk  manusia  dan  emosi

                              memainkan peranan penting dalam soal komunikasi kemanusiaan.
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37