Page 27 - E-Book_Neat
P. 27

TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM


                              TIPS 5 : UNSUR-UNSUR PEMBINAAN SKRIP



                              SKRIP DRAMA DAN FILEM

                              Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan
                              cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar

                              bagi  sesuatu  peristiwa  yang  berlaku  melalui  penerangan  pengarang,  manakala
                              dalam  sesebuah  naskhah  drama,  seseorang  pembaca   hanya  akan  diberikan

                              gambaran   umum   (deskripsi)  tentang  sesuatu  situasi,  latar  atau  tempat,  dan
                              dialoglah  yang  akan  menyampaikan  mesej dan pemikiran pengarang.  Hal inilah

                              yang  membezakan   drama  daripada  karya  sastera  yang  lain.  Sememangnya  sifat
                              sesebuah  naskhah  drama   digerakkan  oleh  dialog.  Pemikiran  atau  gagasan

                              pengarang  disampaikan  melalui dialog pelakon (watak-watak)  yang berinteraksi
                              dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan

                              gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam
                              dialog  yang  dihasilkan.  Unsur  dramatik  bermaksud  diksi  atau  ungkapan  yang

                              boleh  membangunkan   konflik  dalam  drama  seperti  dialog  yang  menimbulkan
                              perasaan marah, gembira, lucu,  dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga

                              harus  mempunyai  unsur  suspens,  ketegangan  dan  seharusnya  mampu  membina
                              rasa ingin tahu pembaca atau penonton.


                              STAIL DAN PERWATAKAN

                              Drama   merupakan  karya  seni  yang  mempunyai  sifat  sosial  yang  paling  luas.

                              Drama  bersifat  kerja  berkumpulan  kerana  gabungan  pekerja  seni  yang  lain  dan
                              juga kerana reaksi penonton yang bersifat langsung (hal ini tentu berbeza daripada
                              reaksi penonton yang menonton filem atau televisyen). Skrip drama yang menjadi

                              sebahagian daripada cabang sastera bersifat “tetap” dan kekal secara keseluruhan,

                              tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan (dilakonkan) di atas pentas,
                              produksi  teks  (skrip)  akan  berlaku  perbezaan.  Hal  ini  demikian  kerana  pelakon
                              akan  memberikan  reaksi  yang  berbeza  kepada  penonton  yang  berbeza  dan  juga

                              kesan daripada mood pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Gabungan

                              antara nilai yang tetap dan berubah inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32