Page 40 - 5_6125327253401239595
P. 40
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
8.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran secara sistematik dengan merujuk kepada
sukatan pelajaran, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan peperiksaan,
rancangan Radio dan TV Pendidikan.
8.2 Penyediaan dan penggunaan alat-alat bantu mengajar dan kemudahan -
kemudahan lain yang sesuai untuk menyokong Rancangan Pengajaran yang
disediakan.
8.3 Mengadakan sesi pendedahan dalam aspek - aspek kaedah mengajar yang
akan membantu guru - guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan
lagi.
8.4 Menyelaraskan kaedah pengajaran pembelajaran yang baru kepada guru -
guru yang mengajar kelas - kelas yang berlainan.
8.5 Mempelbagaikan cara mengajar dengan aktiviti luar melalui persatuan atau
kelab untuk memperkayakan pengalaman murid.
8.6 Melalui aktiviti - aktiviti Panitia tersebut guru-guru yang mempunyai
pengalaman, kebolehan, kemahiran dan idea yang berlainan akan wujudkan
semangat kerjasama dan persefahaman dan melalui perbincangan ikhtisas
dan program perkembangan star, kelemahan boleh diatasi dan yang kurang
boleh ditambah.
8.7 Strategi - strategi yang spesifik khusus bagi mata pelajaran tertentu diberi
dalam laporan mata pelajaran masing-masing.
CATATAN
(a) Jawatankuasa Kurikulum Mata Pelaiaran Peringkat Daerah
1. Melalui Jawatankuasa ini guru-guru dari sekolah - sekolah dalam Daerah akan
bekerjasama serta berkongsi pengalaman untuk: mengatasi masalah-masalah
pembelajaran/pengajaran yang dihadapi dalam mata pelajaran tertentu.
2. Ketua Panitia mata pelajaran akan mengemukakan idea - idea strategi - strategi
yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kurikulum / Daerah dalam Panitia Mata
Pelajaran sekolah.
3. Setelah memperoleh persetujuan Pengetua / Guru Penolong Kanan, Panitia
Mata pelajaran boleh melaksanakan aktiviti dan strategi yang dikemukakan
oleh Jawatankuasa Kurikulum Daerah.
(b) Pemulihan dan Pengayaan
1. Pemulihan dan pengayaan diusahakan dalam kelas untuk mengatasi masalah
kebolehan berbeza pelajaran demi kepentingan memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya.
2. Antara langkah lain, rancangan bertujuan meningkatkan prestasi pelajaran
dalam peperiksaan awam akan dilaksanakan seperti Kelas Pemulihan untuk
murid-murid yang lemah.
35
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan