Page 39 - 5_6125327253401239595
P. 39

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

                      4.4     Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang
                              sesuai dengan keperluan pembelajaran para murid dan kegunaan guru untuk
                              dibekalkan di pusat sumber sekolah.
                      4.5     Menyelaraskan soaalan-soalan ujian dan peperiksaan ( berasaskan sekolah )
                              yang  disediakan  bagi  tiap-tiap  tingkatan  dan  jika  perlu    menubuhkan  bank
                              soalan.
                      4.6     Mengkaji  dan  menganalisis  keputusan  peperiksaan  murid  dalam  tiap-tiap
                              peperiksaan berasaskan sekolah ( khususnya peperiksaan Penggal satu dan
                              akhir  tahun  )  dan  mengambil  langkah-langkah  untuk  mengatasi  kelemahan
                              pengajaran dan pembelajaran.
                      4.7     Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya dua kali
                              sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu.
                      4.8     Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia ( secara formal
                              atau tidak formal ) untuk memikir dan dan membincangkan masalah-masalah
                              atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan
                              kaedah  mengajar  serta  mencari  penyelesaian  kepada  masalah  atau  isu
                              tersebut.
                      4.9     Bertukar-tukar  pengalaman  dan  pengetahuan  baru  yang  diperoleh  setelah
                               mengikuti kursus atau seminar dengan ahli - ahli lain.
                      4.10  Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
                              menjalin  hubungan  kerja  yang  boleh  membantu  bagi  mencapai  matIamat
                               pengajaran dan pembelajaran.
                      4.11  Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
                              panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.
                      4.12  Bekerjasama dengan panitia-panitia lain dan membantunya dalam usaha ke
                              arah memajukan murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
                      4.13  Melantik  seorang  setiausaha  dalam  kalangan  ahli  untuk  menyediakan  minit
                               mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.
                      4.14  Menyelenggarakan  fail-fail  panitia  dan  semua  minit  atau  laporan  mesyuarat
                              surat mesyuarat dan rekod-rekod yang berkenaan.

               7.      Minit Mesyuarat

                      7.1     Format minit mesyuarat adalah seperti berikut di dalam lampiran 1
                      7.2     Minit mesyuarat seboleh - bolehnya ditaip.
                      7.3     Minit mesyuarat perlu disiapkan sebaik - baik sahaja 3 hari selepas Mesyuarat
                              Panitia dilaksanakan dan salinannya diberi kepada

                              7.3.1  Pejabat  ( Fail mata pelajaran )
                              7.3.2  Guru Kanan Mata Pelajaran
                              7.3.3  Ketua Panitia
                              7.3.4  Setiap orang ahli Panitia yang berkenaan.

                      7.4     Setiap orang guru perlu mengadakan satu fail menyimpan

                              7.4.1  Minit mesyuarat Panitia mata pelajaran. Rekod - rekod aktiviti akademik
                                     mata  pelajaran.
                       7.4.2  Rekod - rekod akademik mata pelajaran.

               8.      Kesimpulan

                      Peranan vang  aktif dan berkesan oleh Panitia mata pelaiaran: Akan mengatasi
                      masalah-masalah dan meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran melalui aktiviti -
                      aktiviti Panitia mata pelajaran seperti berikut:

                                                            34
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44