Page 37 - 5_6125327253401239595
P. 37

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar




                                                                         Ruj. Kami : SMTTJ/100-2/1/1 ( 121 )
                                                                         Tarikh : 27 Disember 2018

               Kepada,
               Semua Guru,
               Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar,
               NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

               Tuan/Puan,

               SURAT PEKELILING PENGETUA SMT TUANKU JA’AFAR
               BIL.4/2019 - PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
               ---------------------------------------------------------------------------------

               Berhubung dengan perkara di atas, disertakan yang berikut untuk makluman dan tindakan
               tuan/puan.

               1.      Rasional Penubuhan Panitia Mata Pelajaran

                      Latar belakang kebanyakan para murid dalam permbelajaran dan rnotivasi serta minat
                      rnereka terhadap sesuatu mataa pelajaran yang muridi mempunyai hubungan rapat
                      dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu - ragu lagi.
                      Panitia  mernpunyai  peranan  yang  penting  dalam  menentukan  sama  ada  matlamat
                      pencapaian akademik para murid di sekolah tercapai atau tidak.

                      Menyedari  hakikat  ini,  maka  adalah  wajar  bagi  guru  yang  terlibat  atau  mengajar
                      sesuatu  mata  pelajaran  yang  sama,  menggemblengkan  tenaga  mereka  dan
                      menyelaraskan aktiviti dan / atau tugas - tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka
                      juga  harus  mempunyai  semangat  bekerjasama  saling  membantu  dan  berkongsi
                      fikiran,  pengalaman  serta  kepakaran  untuk  memperbaiki  lagi  kecekapan  dan
                      kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran
                      berpeluang  untuk  bekerjasama  dan  menyelaraskan  usaha  mereka  dengan  lebih
                      terkelola  dan  bersepadu.  Dengan  mewujudkan badan  ikhtisas  seumpama  ini,  guru
                      yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah
                      -  masalah,  bukan  sahaja  dalam  bidang  pengajaran,  bahkan  juga  masalah  yang
                      berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.

               2.      Struktur dan Organisasi

                      2.1     Panitia  mata  pelajaran  adalah  sebuah  badan  ikhtisas  yang  dianggotai  oleh
                              semua  guru  yang  mengajar  mata  pelajaran  yang  sedia  ada  di  sesebuah
                              sekolah.
                      2.2     Badan  ini  hendaklah  dipimpin  dan  dikendalikan  oleh  Ketua  Panitia  mata
                              pelajaran.
                      2.3     Semua  ketua  panitia  mata  pelajaran  adalah  secara  automatik  menjadi  ahli
                              Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran
                              masing-masing dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan
                              Pengetua Sekolah.
                      2.4     Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia dalam perjumpaan-
                              perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan
                              pengajaran perlu di bawa oleh Ketua Panitia kepada Pengetua atau Penolong
                              Kanan, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.
                                                            32
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42