Page 33 - 5_6125327253401239595
P. 33
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
3.3.3 Soalan-soalan ujian bulanan dan peperiksaan penggalan.
Perkara-perkara ini perlu ditunjukkan apabila diminta oleh pihak yang
berkenaan.
3.4 Bagi perkara 3.2.5 dan 3.2.6 hendaklah dibuat sejak hari pertama sekolah
dibuka tiap-tiap tahun persekolahan.
3.5 Perkara 3.2.5 - Rancangan Tahunan hendaklah dituIis sendiri mengikut
peraturan yang telah ditetapkan oleh Panitia Matapelajaran. Rancangan ini
hendaklah ditetapkan objektif ( tajuk, isi, kemahiran, nilai dan alatan yang
diperlukan. Rancangan Tahunan dipecahkan mengikut minggu dan penggal.
3.6 Perkara 3.2.6 - Rancangan Harian hendaklah dibuat oleh guru berkenaan
mengikut setakat mana yang telah atau belum selesai diajar kepada murid. Ini
adalah merupakan kerja yang dibuat oleh guru itu sendiri. Tidak boleh dibuat
mengikut Rancangan Panita kerana ada kalanya guru berkenaan cuti / cuti
sakit / kursus dan sebagainya dan kemungkinan ada perkara yang telah
tertinggal atau terdahulu dari guru-guru lain. ( Dahulukan Tingkatan Rendah ).
Kedua-dua perkara ini ( 3.5 dan 3.6 ) hendaklah dibuat sebelum hari Jumaat
atau hari terakhir sekolah sesuatu minggu bersama-sama dengan Rancangan
Harian bagi Hari Isnin atau Hari Pertama Sekolah bagi minggu berikutnya dan
serahkan kepada Pejabat pada hari Jumaat atau hari terakhir sekolah pada
sesuatu minggu itu sebelum balik.
Nota : Format Rancangan Tahunan dan Harian sepertimana dicetakkan perlu dipatuhi
sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ia boleh diubahsuaikan mengikut format
yang telah ditetapkan semasa rnenghadiri Kursus rnatapelajaran KBSM.
3.7 Untuk Rancangan Harian hari-hari berikutnya selepas 3.6 di atas hendaklah
dibuat sehari sebelum pengajaran dan pernbelajaran berlaku.
3.8 FRM hendaklah sentiasa di bawa masuk kelas apabila mengajar dan
ditinggalkan atas meja guru ( dalam bilik guru ) atau di tempat-ternpat yang
selamat dan mudah dicari oleh pihak sekolah selepas tamat satu-satu hari
persekolahan.
4. Penutup.
Adalah diharapkan dengan keluarnya Pekeliling ini tidak timbul lagi masalah
mengenai FRM.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSIH. MUAFAKAT.SEJAHTERA”
Saya yang menjalankan amanah,
................................................
RUSLI BIN SHARKOM
Pengetua.
Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar
28
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan