Page 28 - 5_6125327253401239595
P. 28

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

               7.      Buku Jadual Kedatangan Murid ( JKM )

                      7.1     Menyediakan Register / Jadual Kedatangan Murid

                              7.1.1.  Sebagai dokumen rasmi, sebarang kesilapan dalam JKM tidak boleh
                                     dipadamkan tetapi hendaklah dipotong dan ditandatangani.
                              7.1.2.  Butir-butir yang diperlukan hendaklah dipenuhkan dengan lengkap dan
                                     kemas  mengikut  ruangan  yang  ditentukan.  Nama  murid  hendaklah
                                     sentiasa ditulis dengan penuh.

                      7.2     Penandaan Jadual Kedatangan

                              7.2.1.  BJKM  hendaklah  ditandakan  sendiri  oleh  Guru Tingkatan.  Jika Guru
                                     Tingkatan tidak hadir, ketua tingkatan hendaklah meminta JKM ditanda
                                     oleh guru penyelaras tingkatan atau Penolong Kanan ( HEM ).
                              7.2.2.  Jika murid tidak hadir kerana sebab sakit dengan ada bukti daripada
                                     doktor, tulis ‘S’ dalam kurungan O.
                              7.2.3.  Jika tidak hadir kerana diberi cuti, tulis “C” dalam kurungan O.
                              7.2.4.  Jika lambat datang, tuliskan “L” dalam kurungan O. Jika kerap lambat
                                     hendaklah dilaporkan kepada PK ( HEM ).
                              7.2.5.  Jika tidak hadir tanpa sebab, tuliskan “P” menunjukkan ponteng dan
                                     beritahu penjaganya.
                              7.2.6.  Hantarkan surat pemberitahuan kepada penjaga murid yang tidak hadir
                                     selama tiga hari berturut-turut.
                              7.2.7.  Murid  yang  didapati  ponteng  kelas  atau  ponteng  sekolah  hendaklah
                                     dilaporkan kepada PK ( HEM ) / Guru Penolong Kanan atau Pengetua.

               8.      Penguatkuasaan Peraturan Tatatertib

                      8.1.    Tanggungjawab Bersama : Semua guru adalah bertanggungjawab menjaga
                              tatatertib murid sekolah ini semasa di dalam kelas dan di luar sekolah.
                      8.2     Peraturan  Sekolah  :  Guru  hendaklah  sentiasa  menegaskan  kepada  murid
                              betapa  mustahaknya  mengetahui  dan  mematuhi  peraturan  sekolah.  Di
                              samping  itu  guru  sentiasa  sedia  memberi  bimbingan  kepada  murid-murid
                              melalui nasihat ( Kaunseling).
                      8.3     Menunjukkan  Contoh  :  Guru-guru  hendaklah  sentiasa  menjadi  contoh
                              manusia berdisiplin dari segi pakaian, tutur kata dan sikap terhadap tugas dan
                              tanggungjawab.
                      8.4     Pencegahan Merokok : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1997 bertarikh 22
                              Mei 1997 – Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok. Dalam usaha
                              mematuhi  larangan  merokok  di  dalam  kawasan  sekolah  guru-guru  yang
                              merokok  diminta  supaya  tidak  merokok  di  dalam  kawasan  sekolah  atau  di
                              tempat terbuka pada waktu persekolahan.
                      8.5     Pencegahan  Vandalisme  :  Semua  guru  hendaklah  melatih  murid  supaya
                              menjaga  keselamatan  segala  kemudahan  yang  terdapat  di  dalam  kawasan
                              sekolah. Juga peralatan lain di sekolah, sama ada buku teks atau alatan sukan
                              dan lain-lain.
                      8.6     Hukuman Dera ( Corporal Punishment )
                              Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 bertarikh 29 Okt 2003 : Kuasa Guru
                              Merotan Murid perlu di patuhi. Hanya guru yang telah diberikan kuasa oleh
                              pengetua  boleh  melakukan  hukuman  dera  atau  rotan  kepada  murid  lelaki.
                              Hukuman    hendaklah  dijalankan  dengan  menggunakan  rotan  ringan  dan
                              pukulan  rotan  hanya  boleh  dibuat  pada  tapak  tangan  atau  di  bahagian
                              punggung  yang  dilapik dengan  pakaian.  Hukuman  dera  mestilah  dicatatkan
                              dalam satu buku rekod khas dan menyatakan :
                                                            23
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33