Page 23 - 5_6125327253401239595
P. 23

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar






                                                                         Ruj. Kami : SMTTJ/100-2/1/1 ( 118 )
                                                                         Tarikh : 27 Disember 2018


               Kepada,
               Semua Guru,
               Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar,
               NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

               Tuan/Puan,

               SURAT PEKELILING PENGETUA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JA’AFAR
               BIL. 3 / 2019 – GARIS PANDUAN BERTINDAK BAGI GURU-GURU KE ARAH
               PERPADUAN IKHTISAS
               ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

               Berhubung perkara di atas, disertakan yang berikut untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

               1.      Sikap dan Semangat Ikhtisas

                      1.1.    Semangat  Profesional  :  Sebagai  seorang  profesional  anda  hendaklah
                              bertugas  dengan  penuh  dedikasi  tanpa  dipengaruhi  oleh  perasaan  dan
                              prasangka.  Anda  hendaklah  sentiasa  berpandukan  Tatasusila  Profesion
                              Perguruan  mengutamakan  kepentingan murid dan sekolah. Sebagai pegawai
                              kerajaan anda hendaklah mematuhi Perintah Am ( General Order ).
                      1.2.    Kesetiaan  :  Anda  hendaklah  menjalankan  arahan  yang  diberikan  kepada
                              anda.  Jika  tidak  puas  hati  dengan  sesuatu  arahan,  anda  boleh  menemui
                              Pengetua bagi mengemukakan pendapat dan pandangan. Jangan sekali-kali
                              mengeluarkan kenyataan menyoal kebijaksanaan pihak pentadbiran sekolah,
                              lebih-lebih lagi di hadapan murid. Anda juga diingatkan supaya tidak membuat
                              kenyataan  yang  akan  menjejaskan  keyakinan  murid  terhadap  pentadbiran
                              sekolah ataupun menjatuhkan imej seseorang guru lain.
                      1.3.    Semangat  Sepasukan  :  Setiap  orang  guru  yang  bertugas  di  sekolah  ini
                              mestilah menerima hakikat bekerja dalam satu pasukan. Semangat sepasukan
                              perlu sama dipupuk supaya dapat menghasilkan kerjasama bagi memastikan
                              kejayaan semua rancangan dan program sekolah. Di samping itu keutuhan
                              organisasi dan kelicinan pentadbiran sekolah ini akan terjamin jika semua guru

                              1.3.1  Mematuhi  Arahan : Kerjasama semua guru adalah diharapkan bagi
                                     melaksanakan apa jua arahan Pengetua.
                              1.3.2  Menyelesaikan  masalah  melalui  perundingan  :  Jika  menghadapi
                                     masalah  berhubung  dengan  perkhidmatan  dan  tugas  ikhtisas,  anda
                                     hendaklah  berunding  dengan  rakan  sejawat  yang  berpengalaman,
                                     Guru Kanan Mata pelajaran, Penolong Kanan ( HEM ), Guru Penolong
                                     dan Pengetua untuk mendapatkan penyelesaian.
                              1.3.3  Surat  Menyurat  :  Memastikan  semua  surat  menyurat  ke  pihak  luar
                                     dibuat melalui Pengetua.
                              1.3.4  Siaran  :  Mempastikan  surat  siaran  yang  diedarkan  di  sekolah
                                     ditandatangani  oleh  Pengetua/Guru  Penolong  Kanan  sebelum
                                     diedarkan.
                                                            18
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28