Page 27 - 5_6125327253401239595
P. 27

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

                      6.1     Persatuan / Kelab, Sukan dan Permainan  serta  Pasukan Unit
                              Beruniform :

                              6.1.1  Pengawasan  Aktif  :  Sebagai  penasihat  guru  hendaklah  memberi
                                     bimbingan  aktif  dan  menentukan  arah  kegiatan  persatuan  /  kelab  /
                                     badan  beruniform  di  samping  sentiasa  mengawasi  disiplin  ahli  dan
                                     kewangan pergerakan itu.
                              6.1.2  Taklimat : Mesyuarat/taklimat tidak boleh diadakan pada masa kelas
                                     pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
                              6.1.3  Pendaftaran : Pertubuhan semua Unit Beruniform mesti diluluskan oleh
                                     pengetua.  Setiap  pergerakan  perlu  ada  satu  nombor  pendaftaran
                                     sekolah.  Semua  nama  ahli  pergerakan  mesti  didaftarkan  di  dalam
                                     sebuah buku. Buku ini perlu ditunjukkan apabila diminta oleh Pendaftar
                                     atau Pengetua.
                              6.1.4  Perlembagaan  :  Semua  pergerakan  hendaklah  mempunyai  satu
                                     perlembagaan bertulis yang telah diluluskan
                              6.15   Kegiatan  :  Guru  Penasihat  bertanggungjawab  memastikan  semua
                                     kegiatan pergerakan tidak bercanggah dengan tujuan yang termaktub
                                     di  dalam  perlembagaan  yang  diluluskan.  Guru  Penasihat  hendaklah
                                     menghadiri  semua  mesyuarat  J/Kuasa  Persatuan.  Kegiatan  perlu
                                     direkodkan dalam Buku Pergerakan itu.
                              6.16   Lawatan  :  Lawatan  boleh  dikelolakan  oleh  sesuatu  pergerakan  jika
                                     selaras  dengan  tujuan  pergerakan  itu  dan  tidak  mengehadkan
                                     penyertaannya kepada satu kumpulan etnik sahaja. Program dan jadual
                                     lawatan mesti diluluskan oleh pengetua terlebih dahulu.
                              6.17   Minit : Minit Mesyuarat mesti direkodkan dan disimpan dengan kemas
                                     untuk diperiksa oleh pihak pengetua dari semasa ke semasa.
                              6.18   Keselamatan : Keselamatan dan kebajikan murid/ahli semasa kegiatan
                                     dijalankan  adalah  tanggungjawab  guru  yang  berkenaan.  Guru  mesti
                                     pastikan semua ahli mematuhi peraturan keselamatan. Segala aktiviti
                                     yang  dijalankan  semestinya  selaras  Surat  Pekeling  Ikhtisas
                                     Bil.9/2000 bertarikh 10 Mei 2000 – Panduan Keselamatan Diri Murid
                                     semasa  pengajaran  Pendidikan  Jasmani  dan  Kesihatan  serta
                                     Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar Kawasan
                                     Sekolah

                      6.2     Sukan/Permainan

                              6.2.1  Guru  Rumah  :  Bertanggungjawab  memupuk  semangat  rumah.
                                     Pembahagian  tugas  antara  guru  rumah  perlulah  dibuat  bagi
                                     memungkinkan penyelesaian yang berkesan.
                              6.2.2  Guru Permainan dan Olahraga

                                     Peranan  Semua  :  Semua  guru  akan  terlibat  dalam  kegiatan  sukan.
                                     Guru  sendiri  perlu  melengkapkan  diri  dengan  pengetahuan  yang
                                     berkaitan dengan tugas ini.
                                     Guru Permainan dan Olahraga : Guru yang ditugaskan khas untuk
                                     sesuatu permainan mestilah mengadakan program yang menyeluruh
                                     bagi melibatkan seberapa ramai murid yang boleh. Di samping itu guru
                                     berkenaan mestilah mengenal pasti murid yang berbakat dan melatih
                                     mereka untuk pasukan sekolah.
                                     Ke Arah Peningkatan Disiplin Murid : Semua guru merupakan guru
                                     disiplin.   Guru   seharusnya   berperanan    melaksanakan     untuk
                                     pengawalan disiplin murid ketika melibatkan diri dalam kegiatan sukan.

                                                            22
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32