Page 29 - 5_6125327253401239595
P. 29

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar


                              8.6.1  Bilangan pukulan yang dikenakan.
                              8.6.2  Bahagian anggota dirotan (tangan atau punggung).
                              8.6.3  Sebab-sebab dirotan (kesalahan).
                              8.6.4  Tarikh dan masa.
                              8.6.5  Tandatangan
                                     a)     Murid berkenaan
                                     b)     Guru yang diberikan kuasa rotan
                                     c)     Seseorang guru lain sebagai saksi

                              Hukuman dera ( rotan) tidak boleh dikenakan atas murid perempuan.

               9.     Guru Bertugas

                      9.1     Guru bertugas dikehendaki datang lebih awal dan balik lebih lewat sebelum
                              murid-murid balik, mengawasi ketenteraman murid sebelum loceng mula dan
                              selepas loceng akhir.
                      9.2     Guru bertugas dikehendaki mengawasi dan melaporkan  sebarang kegiatan
                              pada hari berkenaan.
                      9.3     Guru bertugas hendaklah menggunakan waktu bebas mereka untuk melawat
                              bangunan dan kawasan sekitar sekolah dan seterusnya mengambil tindakan
                              sewajarnya.
                      9.4     Guru  bertugas  dikehendaki  membuat  laporan  dalam  Buku  Laporan  Guru
                              Bertugas.

               10.    Perhimpunan

                      Perhimpunan : Penting bagi memupuk semangat sekolah dan perasaan taat setia
                      kepada  sekolah  dan  negara,  di  samping  merupakan  satu-satunya  saluran
                      perhubungan antara pihak pentadbiran dengan sekolah secara keseluruhannya. Surat
                      Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1984 – Perhimpunan Sekolah bertarikh 14 Jun 1984

                      10.1.  Perhimpunan Rasmi : Diadakan setiap hari Rabu. Perhimpunan ialah upacara
                              rasmi sekolah. Oleh itu semua guru dikehendaki hadir dan sentiasa menjaga
                              digniti upacara tersebut.
                      10.2.  Perhimpunan  Kecil  :  Diadakan  apabila  perlu  dan  dikelolakan  oleh  MPP
                              dengan diawasi oleh guru bertugas.
                      10.3.  Kelakuan dan Tatatertib
                              “Peraturan-peraturan  pegawai  Awam  (Kelakuan  Dan  Tatatertib)  1993  –
                              P.U.(A) 395” yang berkuat kuasa mulai 15hb Dis 1993 dan (Pindaan) 2002
                              bertarikh  20  Jun  2002  adalah  terpakai  kepada  setiap  orang  guru  sebagai
                              seorang pegawai awam. Peraturan ini menggantikan Bab D – Perintah-perintah
                              Am Pegawai Awam ((Kelakuan Dan Tatatertib).
                      10.4.  Mesin Fotostat : Guru-guru tidak digalakkan menggunakan mesin ini. Semua
                              percetakan hanya boleh dibuat oleh Pembantu Operasi ( PO ).
                      10.5.  Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf
                              Kelab  Guru  dan  Staf  sekolah  ini  perlu  disokong  oleh  semua  Guru  dan
                              Kakitangan demi  memupuk semangat setiakawan kita di sekolah ini. Selain  itu
                              J/K  ini  bertindak  sebagai  salah  satu  saluran  perhubungan  antara  guru  dan
                              kakitangan dengan pentadbiran sekolah.





                                                            24
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34