Page 25 - 5_6125327253401239595
P. 25
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
3.1. Sukatan Pelajaran : Hendaklah diikuti dengan betul. Guru mestilah
mengetahui sebarang perubahan kepada sukatan pelajaran. Sila hubungi Guru
Kanan Mata Pelajaran apabila ragu. Sila pastikan sama ada sukatan pelajaran
tahun lepas diselesaikan sebelum memulakan sukatan tahun ini.
3.2. Mengajar Murid yang Lemah : Guru-guru kelas mestilah menyesuaikan
kaedah mengajar bagi membolehkan murid-murid lemah menghabiskan
sukatan pelajaran. Bahagian Asas dan yang mustahak dalam sukatan
pelajaran hendaklah diajar dengan semasak-masaknya dan diulang-ulang.
3.3. Mengajar Kelas Peperiksaan : Sukatan Pelajaran bagi Tingkatan 5 hendaklah
diselesaikan sebulan sebelum peperiksaan percubaan. Guru yang mengajar
kelas peperiksaan mestilah berusaha dan berikhtiar membantu muridnya yang
menghadapi peperiksaan dengan :-
Menyediakan kertas soalan tahun-tahun lalu
Mengadakan kelas tambahan / pemulihan untuk mengatasi kelemahan
mereka.
Mendapatkan buku rujukan yang secukupnya di perpustakaan.
Bertindak berasaskan kepada kajian tindakan yang dilaksanakan.
Mengenal pasti kelemahan dan bertindak memenuhi keperluan PdPc.
3.4. Kaedah Mengajar : Guru-guru mestilah menggunakan kaedah mengajar yang
berkesan dengan membuat persediaan yang terperinci, menyediakan alatan
mengajar dan menggunakan kemudahan panduan mengajar yang terkini
bersesuaian dengan Pendidikan Abad ke 21. Nota Pengajaran, Methode,
teknik dan sebagainya hendaklah dilaksanakan dapatan / isi - isi seperti yang
telah disampaikan dalam pelbagai kursus. Pendekatan Kajian Tindakan dan
Inovasi hendaklah dilaksanakan oleh semua Panitia. Kajian ini secara tidak
langsung memberi ruang kepada guru untuk muhasabah diri dalam
pelaksanaan PdPc melalui kaedah dengan mengenal pasti masalah PdPc,
merancang, melaksana dan menilai. Penilaian yang dibuat dapat membantu
dalam membuat penambahbaikan dan seterusnya meningkatkan kualiti PdPc.
Segala laporan kajian tindakan yang dibuat perlu didokumentasikan.
3.5. Guru Bahasa : Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dikehendaki
memberi latihan karangan, meringkaskan karangan dua minggu sekali. Kerja
lisan mestilah dijalankan dari semasa ke semasa :
3.5.1. Guru mata pelajaran lain kecuali Bahasa Inggeris adalah sama
bertanggungjawab meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu murid
yang diajar dengan sentiasa menggunakan Bahasa Melayu yang betul
dari segi sebutan tatabahasa dan ejaan.
3.6 Masa Mengajar : Guru hendaklah berada di kelas mengikut jadualnya.
3.7 Berdiri Mengajar : Apabila berada di kelas, guru hendaklah berdiri mengajar
kecuali dalam keadaan tertentu. Sewaktu murid membuat kerja, guru
hendaklah berjalan mengawasi perlakuan kerja murid.
3.8 Waktu Bebas / Free Period : Waktu tidak mengajar hendaklah digunakan
untuk persediaan mengajar, memeriksa kertas/kerja murid atau kegiatan yang
berakitan dengan pembelajaran dan pengajaran. ( Pekeliling Ikhtisas
Pendidikan Bil.3/1981 )
3.9 Tugas Gantian / relief : Apabila ditugaskan untuk relief atau tugas gantian guru
tersebut hendaklah pergi ke kelas dan mengajar atau mengadakan kegiatan
pendidikan yang sesuai.
3.10 Membaca Buku Teks : Murid seharusnya digalakkan membaca buku teks
sebagai persediaan sebelum mengajar sesuatu topik. Elakkan daripada
mengajar dengan membaca buku teks di dalam kelas.
20
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan