Page 24 - 5_6125327253401239595
P. 24

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar


                              1.3.5  Urusan  Perkhidmatan  Di  Pejabat  Pendidikan  :  Mendapatkan
                                     kebenaran bertulis Pengetua terlebih dahulu sebelum menemui pihak
                                     Pengarah  Pendidikan  mengenai  urusan  Perkhidmatan  di  Jabatan
                                     Pendidikan Negeri Sembilan atau Kementerian Pelajaran.

               2.      Fail Rekod Mengajar  ( FRM )

                       Pekeliling  Kementerian  Pendidikan  256:    Pindaan  kepada  Surat  Pekeliling
                       Ikhtisas Bil.3/1999 bertarikh 9/3/1999. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran ( RPP )
                       hendaklah  mengandungi  hanya  dua  unsur  sahaja,  iaitu  Rancangan  Pelajaran
                       Tahunan,  dan  Rancangan  Pelajaran  Harian.    Kedua-dua  unsur  tersebut  dibuat
                       mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.

                       2.1  Arahan Pekeliling ini  hendaklah dipatuhi.

                              2.1.1  Sukatan Pendidikan dan Rancangan Kerja : Sukatan Pendidikan bagi
                                     semua  mata  pelajaran  yang  diajar  hendaklah  tercatat  dalam  FRM.
                                     Rancangan kerja setahun hendaklah dimasukkan dalam FRM.
                              2.1.2    Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT )
                                     RPT  mengandungi  secara  ringkas  isi  pengajaran  dan  pembelajaran
                                     berdasarkan  Sukatan  Pelajaran  kebangsaan  yang  dikeluarkan  oleh
                                     Kementerian Pendidikan Malaysia.
                              2.1.3  Rancangan Pelajaran Harian ( RPH )
                                     RPH  merupakan  terjemahan  RPT  yang  mengandungi  sekurang-
                                     kurangnya  maklumat  seperti  objektif,  cara  bagaimana  hendak
                                     mencapai  objektif  dan  kenyataan  sejauh  mana  objektif  itu  tercapai.
                                     Selain  menjadi panduan dan ingatan kepada guru yang menggunakan
                                     FRM catatan yang dibuat mestilah berguna bagi orang lain yang hendak
                                     mengetahui apa yang diajar sekarang, telah diajar dan yang akan diajar
                                     oleh guru bagi kelas tertentu.
                              2.1.4  Guru  Tingkatan  :  Hendaklah  mencatat  dan  mengemas  kini  segala
                                     Rekod Mengenai murid.
                              2.1.5  Ujian dan Peperiksaan : Rekod Ujian dan peperiksaan yang dijalankan
                                     hendaklah  sentiasa  kemas  kini  dan  keputusan  ujian/peperiksaan
                                     hendaklah direkodkan dengan betul.

                      2.2     Rekod  Pengajaran  dan  Pembelajaran  bolehlah  disediakan  dalam  apa  jua
                              bentuk  yang  munasabah  dan  sesuai  dengan  teknologi  semasa.  Perekodan
                              haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta
                              apabila  dikehendaki  oleh  pihak  yang  diberi  kuasa.  Bahan-bahan  lain  yang
                              berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
                              Pelajaran  Harian  juga  perlu  diurus  dengan  baik  dan  dapat  dikemukakan
                              dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
                      2.3     Pemeriksaan  dan  penyerahan  FRM:  FRM  hendaklah  diserahkan  kepada
                              GKMP  masing-masing  pada  setiap  hari  Jumaat  atau  pada  hari  akhir
                              persekolahan  dalam  seminggu  untuk  pemeriksaan.  Pada  akhir  tahun  atau
                              apabila tamat bertugas di sekolah ini kerana pertukaran atau lain-lain. FRM
                              hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah mematuhi Nota Serah Tugas
                              seperti yang diarah oleh JPA melalui surat JPA 193/6/3-4 ( 2 ) bertarikh 19
                              Julai 1985.

               3.      Mengajar


                                                            19
                                                            23
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29