Page 26 - 5_6125327253401239595
P. 26
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
3.11 Pelajaran Pendidikan Moral : Mata pelajaran ini hendaklah diajar mengikut
sukatan pelajaran yang ditentukan.
3.12 Kerja Murid : Untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan, latihan
yang mencukupi mestilah diberikan kepada murid dalam bentuk kerja kelas dan
kerja rumah. Semua kerja murid diperiksa dan ditanda oleh guru berkenaan.
Murid mestilah diarahkan untuk membuat pembetulan kepada semua
kesalahan.
3.13 Pengesahan ( tandatangan ) Bulanan : Tindakan hendaklah diambil bagi
memastikan ibu bapa / penjaga murid mengikut perkembangan pembelajaran
anak jagaannya.
3.14 Ujian dan Peperiksaan : Ujian dan peperiksaan adalah sebahagian penting
daripada kurikulum sekolah. Ujian dan peperiksaan merupakan alat bagi
mengukur keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu mustahak
bagi semua guru yang berkenaan mematuhi arahan khas ujian yang akan
dikeluarkan dari semasa ke semasa.
3.15 Pencerapan : Selaras dengan Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 bertarikh 11
Nov.1987 – Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Kelas oleh
Pengetua / Guru Besar. Akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap
orang guru.
4. Jadual Waktu
4.1 Jadual waktu Kelas yang disahkan oleh Pengetua hendaklah dipamerkan di
dalam semua kelas.
4.2 Jadual Waktu Persendirian yang kemas kini hendaklah dimasukkan dalam
FRM. Sebarang pindaan hendaklah juga ditunjukkan.
5. Kedatangan dan Kesampaian Guru : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1981 bertarikh
2 Sept.1981 – Ketepatan Masa di Sekolah
5.1 Kesampaian Guru : Guru dikehendaki sampai ke sekolah sekurang-
kurangnya lima minit sebelum waktu perhimpunan / sebelum waktu
persekolahan harian.
5.2 Sampai Lewat : Jika lewat sampai sewajarnya guru itu menunjukkan budi
bahasa memberitahu pengetua.
5.3 Uzur dan Cuti Sakit : Jika uzur dan mendapat cuti sakit, hendaklah beritahu
pengetua sebelum 8.00 pagi melalui telefon atau dengan mengirim pesan.
5.3.1. Cuti Sakit Swasta : Seseorang guru hanya boleh mengambil 15 hari
cuti sakit daripada doktor swasta dalam satu tahun.
5.3.2. Cuti Sakit Bersalin : Guru yang mengambil cuti sakit bersalin
hendaklah menyelesaikan rancangan pengajaran mengikut jadual
dengan mengadakan kelas tambahan sebelum atau selepas
bersalin atau menyediakan nota-nota pelajaran yang sesuai.
Semasa dalam cuti bersalin seseorang guru itu dijangka berupaya
untuk melakukan kerja-kerja menanda kertas peperiksaan.
5.4 Kedatangan Dalam Acara Rasmi Sekolah : Semua guru dikehendaki
menghadiri semua acara rasmi sekolah dan juga diminta hadir menyaksikan
perlawanan / pertandingan melibatkan sekolah.
6. Kokurikulum : Di samping mengajar guru-guru dikehendaki bergiat memimpin murid
dalam kegiatan sukan, persatuan dan unit beruniform mengikut jadual waktu yang
ditentukan. Setiap murid dikehendaki terlibat dalam satu kegiatan sukan/permainan
satu kegiatan Kelab/Persatuan dan satu kegiatan Badan Beruniform . Surat
Pekeliling Ikhtisas-Bil.2/2007 Peruntukan Waktu Kegiatan Kokurikulum di
Sekolah Rendah dan Menengah bertarikh 15 Januari 2007
21
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan