Page 31 - 5_6125327253401239595
P. 31

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar




                                                                         Ruj. Kami : SMTTJ/100-2/1/1 ( 119 )
                                                                         Tarikh : 27 Disember 2018


               Kepada,
               Semua Guru,
               Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar,
               NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

               Tuan/Puan,
               SURAT PEKELILING PENGETUA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JA’AFAR
               BIL. 5/2019 – FAIL REKOD MENGAJAR ( FRM )
               ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

               Berhubung dengan perkara diatas, disertakan yang berikut untuk makluman dan tindakan
               tuan / puan.

               1.      Kepentingan Fail Rekod Mengajar ( FRM )

                      1.1     Fail Rekod Mengajar ( FRM ) Guru adalah merupakan dokumen yang paling
                              penting  untuk  rekod  mengenai  kerja  -  kerja  yang  dibuat  oleh  guru  dalam
                              setahun dan sehari.
                      1.2     FRM juga penting untuk semakan Guru Kanan, Penolong Kanan, Pengetua,
                              Pegawai dari Jabatan atau Kementerian Pendidikan dan Nazir Bebas Sekolah
                              mengenai kerja-kerja guru.
                      1.3     Dari  segi  pentadbiran  atau  pengurusan,  FRM  adalah  merupakan  Fail  Meja
                              seseorang  pegawai  itu  yang  menggambarkan  tugas  yang  dilakukan  oleh
                              seseorang pegawai itu setiap hari.
                      1.4     Dari  segi  pendidikan  FRM  dapat  dijadikan  sebagai  panduan  untuk  kita
                              memberikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi.
                      1.5     FRM  juga  penting  untuk  membolehkan  guru  lain  meneruskan  pembelajaran
                              dan pengajaran dengan ketiadaan guru berkenaan.

               2.     Objektif  Penulisan dan penanggungan FRM

                      2.1     Untuk  memastikan  bahawa  setiap  butiran  diisi  dengan  lengkap,  tepat,
                              kemaskini, terperinci, sempurna serta mudah dibaca dengan teliti.
                      2.2     Untuk memastikan bahawa sukatan pelajaran, rancangan tahuan dan harian
                              itu  dilaksanakan  sepenuhnya  agar  memberi  kesan  dan  perlakunya  kepada
                              pendidikan kepada murid.
                                   Berlakunya pendidikan kepada seseorang murid itu ialah jika berlaku
                                     perubahan pelakuan yang ketara kepada murid berkenaan. Contoh dari
                                     pandai  menjadi  pandai,  dari  kurang  baik  menjadi  baik  dan
                                     seumpamanya.
                      2.3     Untuk dijadikan sebagai Senarai Semak kepada kerja-kerja pegawai ( guru )
                              bagi menyenangkan Pegawai ( guru ) membuat tindak susul.
                      2.4     Untuk  dijadikan  sebagai  panduan  umum  kepada  semua  guru  bagi
                              menyediakan rancangan pelajaran mengikut format yang selaras di sekolah ini


                                                            26
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36