Page 35 - 5_6125327253401239595
P. 35

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

                              alih oleh Penyelaras Tingkatan atau Penolong Kanan HEM.
                      3.10  Pastikan  juga  setiap  murid  mempunyai  nombor  pendaftaran  sekolah  dan
                              nombor  -  nombor  biasiswa  mereka  untuk  dicatatkan  dalam  Buku  Jadual
                              Kedatangan Murid ( JKM )
                      3.11  Buku  Jadual  Kedatangan  Murid  (  JKM  )  tidak  boleh  dipadamkan  dengan
                              menggunakan  pemadam  atau  pemutih  atau  dipinda.  Sebarang  pindaan
                              hendaklah dipangkah sekali dan ditandatangan ringkas.
                      3.12  Buku Jadual Kedatangan Murid ( JKM )  hendaklah ditandakan sendiri oleh
                              Guru Tingkatan.

                              3.12.1  Jika murid, tidak hadir kerana sebab sakit dengan ada bukti daripada
                                     pihak doktor tuliskan 'S' daIam kosong S.
                              3.12.2  Jika tidak hadir kerana diberi cuti. tuliskan 'C' dalam kosong O.
                              3.12.3  Jika  lambat  datang,  tuliskan  L  dalam  kosong.  Jika  kerap  lambat
                                     hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan HEM.
                              3.12.4  Jika  tidak  hadir  tanpa  sebab,  tuliskan  P  menunjukkan  Ponteng  dan
                                     beritahu penjaganya.
                              3.12.5  Hantarkan surat pemberitahuan kepada penjaga murid yang tidak hadir
                                     merujuk kepada jadual di bawah :

                                                    Hari Tidak Hadir ( P )         Hari Tidak Hadir ( P )
                                 Surat
                                                        Berturut-turut             Bukan Berturut-turut
                         Amaran Pertama          Pada hari ke - 3              Pada hari ke - 10
                         Amaran Kedua            7 hari selepas Amaran         10 hari lagi selepas Amaran
                                                 Pertama ( Hari Ke – 11 )      Pertama ( Hari Ke – 20 )
                                                 7 hari selepas Amaran         20 hari lagi selepas Amaran
                         Amaran Terakhir         Kedua                         Kedua ( Hari Ke – 40 )
                                                 ( Hari Ke – 18 )
                         Jumlah Hari Tidak       Setelah cukup 31 Hari         Setelah cukup 60 Hari
                         Hadir* Surat Tunjuk     * Buang Sekolah               * Buang Sekolah
                         Sebab
                         ( Surat Berdaftar )

                              3.12.6  Murid  yang  didapati  ponteng  kelas  atau  ponteng  sekolah  hendaklah
                                     dilaporkan  kepada  Penolong  Kanan  HEM  /  Guru  Penolong
                                     Kanan/Pengetua.

                      3.13  Bagi  lain-lain  kutipan  yuran  seperti  PIBG,  Majalah,  Persatuan  dan  Rumah
                               catatkan dan simpan di dalam Fail Rekod Mengajar ( FRM ) sahaja dengan
                              segala butiran  seperti No.  Resit dan sebagainya.
                      3.14  Sebarang ketidak sempurnaan Buku Jadual Kedatangan Murid ( JKM ), akan
                              diarahkan untuk dibuat semula.













                                                            30
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40