Page 280 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 280
BAB03
Penemuan Kajian Inventori
Kajian Inventori KPKK, merangkumi Inventori bagi Tempat Ibadat dan juga Tanah
Perkuburan bagi Agama Islam dan Lain-lain Agama. yang meliputi kesemua daerah dalam
Negeri Johor sahaja. Dalam konteks ini, setiap aspek fizikal akan diperincikan bagi menilai
keadaan kemudahan keagamaan sedia ada.
Bagi cerapan maklumat di tapak kajian, aplikasi “SW Maps” telah digunapakai bagi
menggantikan kaedah pengumpulan data melalui borang kaji selidik inventori. Penggunaan
aplikasi ini dapat memudahkan dan mempercepatkan proses pengumpulan data kerana
ianya merupakan sebuah aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mampu untuk
mengumpulkan, mempersembahkan dan berkongsi maklumat geografi melalui telefon dan
tablet.
Dapatan hasil inventori dirumuskan dalam Bab 3.0 ini, manakala maklumat cerapan setiap
kemudahan keagamaan direkodkan dalam Laporan Inventori mengikut 10 Daerah dalam
Negeri Johor. Manakala kaedah cerapan dan pangkalan data bagi hasil cerapan kajian
inventori dikemukakan dalam Laporan Pangkalan Data.