Page 276 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 276
Bab 2- 237 S
E
K
N
A
I
J
A
K
N
2.13.2 Rumusan Penemuan Kajian Tanah Perkuburan Lain-lain Agama A U
M
E
Jadual 2.182: Rumusan Keseluruhan Tanah Perkuburan Lain-Lain Agama N
E
TANAH P
PERKUBURAN RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN KES
TANAH 1. Tempat Perkuburan Cina asalnya banyak didirikan lot-lot kubur yang besar dan tidak
PERKUBURAN CINA tersusun. Walau bagaimanapun, pada zaman ini, pihak pengurusan sudah mengawal
susunan unit-unit kubur baru dan mengenakan saiz yang standard. Disebabkan terdapat lagi
sebahagian tanah yang belum dimajukan sepenuhnya dan usaha untuk mendirikan
kolumbarium dan kubur kecil untuk abu mayat, orang Cina masih ada tempat perkuburan
buat masa sekarang. Penggunaan semula tanah kubur telah dimulakan oleh perkuburan
tertentu, ia perlu diteruskan dengan persetujuan waris.
2. Perletakan perkuburan semasa masih sesuai, tetapi menghadapi cabaran untuk mencari
tanah baru yang sesuai untuk perkuburan dan mendapat kelulusan kerajaan. Mengikut
pandangan wakil perkuburan, perkuburan tidak boleh jauh, perlu 0.5-1 jam perjalanan
kenderaan, lebih baik di semi-bandar, jika dekat rumah perlu ada buffer (seperti kilangatau
kedaiatau kawasan hijau). Dengan lokasi yang tidak jauh dari bandar, pengangkutan awam
dapat disediakan.
3. Susunatur perkuburan perlu mengelilingi tanah bukit dan menghadap ke tanah yang lebih
rendah. Perkuburan perlu diuruskan dengan baik dan dibaiki landskap dan kemudahanya
untuk menarik minat orang awam memilih perkuburan yang lebih jimat dan diuruskan oleh
persatuan-persatuan. Jaluran penanaman adalah perlu jika sekitarnya adalah perumahan,
perkedaian atau jalan raya. Pembakaran semasa Chin Ming perlu dikurangkan.
4. Sebahagian besar orang Cina telah memilih untuk membakar mayat, dan tren ini perlu
diteruskan dengan sokong kerajaan untuk membina krematorium dan penyediaan
kolumbarium oleh pelbagai pihak.
5. Ddicadangkan perlu ada rizab tempat perkuburan baru dan diuruskan oleh persatuan dan
bukannya syarikat swasta.
6. Dicadangkan, dalam Kebenaran Merancang, perlu peruntukan tanah kubur atau bangunan
kolumbarium, dan kemudahan lain seperti krematorium dan dewan upacara agama. Ini
kerana rumah bertingkat dan rumah baru yang kecil tidak sesuai untuk aktivitiatau upacara
kematian.
7. Mengikut anggaran, jumlah kos minima pengurusan dan pengebumian untuk satu mayat
adalah dianggarkan melebihi RM 3,000-4,000 dengan menggunakan kolumbarium yang
paling murah (kecil, tidak menarik, kedudukan sangat tinggi atau sangat rendah),
krematorium dan bekas abu yang paling murah, tidak menggunakan bilik upacara kematian
atau yang percuma dibekalkan oleh persatuan atau institusi agama, dan tidak
membelanjaatau paling ekonomi untuk aktiviti lain seperti makan-minum dan keagamaan.
Kalau untuk Memorial park yang swasta, kos minima satu mayat adalah RM 50,000 dengan
menggunakan kolumbarium paling murah dan perkhidmatan lain yang minima, atau RM
100,000 untuk perkuburan bertanah dengan perkhidmatan yang minima.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A