Page 274 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 274

Bab 2- 235        S
                                                                                                            E
                                                                                                            K

                                                                                                            N
                                                                                                            A
                                                                                                            I
                                                                                                            J
           Sambungan                                                                                        A
                                                                                                            K
           RUMAH IBADAT  RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN KES                                                           N
                                                                                                            A
           GEREJA       3.  Masalah ketidakcukupan tempat letak kenderaan telah menyebabkan peratusan       U
                                                                                                            M
                            kehadiran penganut turut terjejas;                                              E
                                                                                                            N
                        4.  Proses untuk mendapatkan kelulusan terutamanya gereja di kedai perlulah         E  P
                            diberikan  kelonggaraan.  Cadangan  pemutihan  adalah  disarankan  untuk
                            menyelaraskan semula masalah berkaiatan;
                        5.  Dengan perkembangan semasa – COVID 19; sesetengah Pastor dan ahli
                            jawatankuasa berpendapat bahawa gereja skala sederhana atau kecil setempat
                            adalah lebih bersesuaian dimasa hadapan;
                        6.  Perancangan Integrated iaitu untuk meletakkan tempat ibadat agama berlainan
                            berdekatan mempunyai pandangan berbeza. Namun memandangkan negara
                            Malaysia mempunyai keunikan tersendiri iaitu terdiri dari pelbagai bangsa dan
                            agama serta perlu ada semangat hormat menghormati maka tiada bantahan
                            terhadap idea Perancangan Integrated ini tetapi mesti dirancang dengan baik
                            seperti akses, TLK dan komunikasi yang lebih kerap antara ahli jawatankuasa
                            tempat ibadat terbabit.
           KUIL         1.  Memerlukan ruang tapak dan bangunan kuil Hindu dengan keluasan yang
                            mencukupi. Penyediaan 10,000kps tidak mencukupi.
                        2.  Kuil Hindu beroperasi setiap hari dan lokasi sesebuah kuil perlu mempunyai
                            kemudahsampaian untuk penganut datang.
                        3.  Ketinggian Gopuram ditentukan berdasarkan plinth kuil dan ketinggian vimana
                            mengikut karekter kuil tersebut.
                        4.  Mempunyai komponen-komponen sokongan kuil seperti dewan perkahwinan dan
                            jamuan, dewan bilik kuliah, bilik meditasi, bilik mesyuarat, pendaftaran
                            perkahwinan dan pelbagai mengikut kesesuaian lokasi.
                        5.  Penyediaan tempat letak kereta di dalam tapak atau penyediaan berpusat yang
                            dapat dikongsi bersama dengan penganut agama lain yang mempunyai rumah
                            ibadat berdekatan.

                        6.  Penerapan elemen bangunan hijau dan zero karbon untuk pembinaan bangunan
                            kuildengan ciri-ciri mematuhi kriteria ini seperti ‘rain water harvesting’, solar dan
                            pengudaraan serta pencahayaan semulajadi
                        7.  Penyediaan elemen lanskap diterapkan dalam Pembangunan kuil sebagai tanaman
                            perimeter, astetik dan ruang hijau yang luas dapat memberikan unsur keamanan
                            serta bertindak sebagai penebat bunyi. Kekurangan elemen lanskap semasa.

                        8.  Kepentingan diberikan untuk pemindahan kuil ke lokasi baru bagi tapak kuil di
                            bawah pemilikan swastaatauestet yang terbabit dengan pembangunan hartanah.













                                                               KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                                                               I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279