Page 272 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 272
Bab 2- 233 S
E
K
N
A
I
J
A
K
2.13 Rumusan Dapatan Kajian Kes Kemudahan Keagamaan Lain-lain Agama N
A
U
M
E
2.13.1 Rumusan Penemuan Kajian Kes Rumah Ibadat Lain—lain Agama N E
P
Jadual 2.181: Rumusan Keseluruhan Kajian Kes Rumah Ibadat Bukan Islam
RUMAH IBADAT RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN KES
TOKONG BUDDHA 1. Kebanyakan tempat ibadat agama Buddha adalah bersaiz kecil (<0.25 hektar) dan
rendah (1-3 tingkat). Ia menghadkan ruang dan saiz aktiviti yang boleh dianjurkan.
2. Tempat ibadat agama Buddha bukan sahaja untuk aktiviti agama dan pembelajaran
dharma, tetapi juga menjadi tempat penginapan kumpulan Sangha secara tetap dan
juga untuk Sangha yang datang menumpang.
3. Selain itu, ia juga menjadi tempat untuk aktiviti kebajikan dan masyarakat seperti
pusat perubatan Cina percuma, kolumbarium, dewan peringatan, dewan
pengurusan kematian (bilik mayat), krematorium, pusat pendaftaran kahwin,
rumah orang tua, tadika, aktiviti belia dan kanak-kanak, bantuan-bantuan kebajikan
dan lain-lain.
4. Disebabkan tanah dan ruang yang terhad, TLK adalah sangat terhad dan adalah
tidak cukup semasa hari perayaan dan aktiviti besar-besaran.
5. Perletakan tempat ibadat agama Buddha di dalam bangunan kedai adalah tidak
membawa masalah yang ketara. Ini kerana, persatuan agama Buddha adalah
membeli atau menyewa kedai yang kurang mendapat sambutan dan lebih murah.
Oleh itu, kedai sedemikian adalah kurang pengunjung, kurang trafik dan kurang
tekanan ke atas TLK terutamanya selepas waktu kerja (selepas 6pm).
6. Pusat agama di bangunan kedai biasanya membuat aktiviti selepas waktu kerja dan
pada hari tidak bekerja.
7. Sebahagian wakil agama juga setuju dengan kaedah membeli tanah agama dari
kerajaan dengan harga yang lebih murah selain daripada tanah percuma.
TOKONG TAO 1. Kebanyakan tempat ibadat agama Tao adalah bersaiz kecil (<0.25 hektar) dan
rendah (1-2 tingkat). Ia menghadkan ruang dan saiz aktiviti yang boleh dianjurkan.
2. Tempat ibadat agama Tao bukan sahaja untuk aktiviti agama dan sembahyang,
tetapi juga menjadi tempat untuk kolumbarium, dewan pengurusan kematian,
dewanataubilik peringatan, pusat pendaftaran kahwin, pusat tuition percuma,
aktiviti masyarakat, bantuan-bantuan kebajikan dan lain-lain.
3. Perletakan tempat ibadat agama Tao atau Dewa Cina di dalam bangunan kedai
adalah tidak membawa masalah yang ketara. Ini kerana, persatuan agama adalah
membeli atau menyewa kedai yang kurang mendapat sambutan dan lebih murah.
Oleh itu, kedai sedemikian adalah kurang pengunjung, kurang trafik dan kurang
tekanan ke atas TLK terutamanya selepas waktu kerja (selepas 6pm).
4. Sebahagian wakil agama juga setuju dengan kaedah membeli tanah agama dari
kerajaan dengan harga yang lebih murah selain daripada tanah percuma.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A