Page 273 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 273

Bab 2 - 234




           Sambungan
           RUMAH IBADAT  RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN KES
           TOKONG TAO   5.  Kewujudan bilangan dewa dan dewi yang ramai yang berasal dari China dan juga
                            tempatan menyebakan ada keperluan untuk bilangan tempat ibadat TaoatauCina
                            yang banyak tetapi saiz kecil untuk satu-satu tempat.

                        6.  Kebanyakan tempat ibadat agama TaoatauCina belum lagi bertumpu kepada
                            pendidikan agama, moral atau budaya. Tetapi mempunyai aktiviti “Tanya dewa”
                            yang dapat menolongataumenasihat penganut dalam membuat keputusan dan
                            mengurangkan tekananataukerisauan hidup.
                        7.  Lokasi tempat ibadat agama Taoatau Dewa Cina semasa adalah lebih tertumpu di
                            penempatan bandar dan luar bandar, bukannya di kawasan yang terpencir atau
                            dekat hutan. Ini adalah berbeza dengan tempat ibadat agama Buddha yang
                            sebahagianya adalah terletak jauh dari penempatan untuk aktiviti agama yang
                            memerlukan kesunyian seperti meditasi dan chanting.

                        8.  Tempat ibadat agama TaoatauCina sangat menekankan reka bentuk tradisi Cina
                            dan tidak mengutamakan reka bentuk moden.

                        9.  Dewan agama yang sembahyangkan berhala dewa dan dewi tidak boleh diletakan
                            di aras bawah yang mempunyai manusia menggunakan ruang di atas dewan
                            tersebut.
                        10. Terhadap tempat ibadat yang meletak berhala besar di luar bangunan untuk aktiviti
                            agama dan tarikan kepada penganut.
                        11. Tempat ibadat Tao atau Cina memerlukan kemudahan untuk membakar kertas
                            sembahyang.
                        12. Perlu ada hiarki tempat ibadat untuk liputan dan fungsi yang berlainan.

                        13. Wakil agama tiada bantahan terhadap idea untuk meletakan tempat ibadat agama
                            berlainan berdekatan. Tetapi mesti dirancang dengan baik seperti akses, TLK dan
                            kemudahan.
                        14. Keperluan terhadap tempat sembahyangkan dewa atau dewi (shrine) di tapak
                            pembinaan, tetapi perlu dipindahkanataudiletakan di tempat yang sesuai dan sah
                            selepas siap projek pembinaan.
           GEREJA       1.  Kebanyakan gereja baru adalah terletak di kawasan kedai dan bersaiz adalah
                            bersaiz kecil (<5,000 kaki persegi) dan terletak di tingkat 2 atau 3. Ia telah
                            menghadkan ruang dan saiz aktiviti yang boleh dianjurkan serta warga tua dan
                            orang OKU untuk naik keats;
                        2.  Gereja bukan sahaja tempat bersembahyang dan aktiviti pembelajaran agama
                            malah juga merupakan suatu pusat komuniti setempat untuk mengadakan aktiviti
                            kebajikan sosial dan kemasyarakatan seperti pusat tuisyen percuma bagi budak
                            sekolah rendah, pusat aktiviti warga emas dan sebagainya;











                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278