Page 275 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 275

Bab 2 - 236




           Sambungan
           RUMAH IBADAT  RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN KES
           KUIL         9.  Penerapan kuil sedia ada ke dalam cadangan pemajuan dengan memberikan
                            keluasan yang mencukupi untuk dinaik taraf kerana terdapat beberapa kuil-kuil
                            berada di tanah pertanian
                        10. Perlu mempunyai aksesibiliti untuk pengangkutan awam, disambungkan dengan
                            laluan pejalan kaki atau pengangkutan awam
                        11. Menerapkan ciri-ciri ‘universal building’ dengan reka bentuk ‘wheelchair friendly’


           GURDWARA     1.  Memerlukan ruang tapak dan bangunan Gurdwara dengan keluasan yang
                            mencukupi. Penyediaan 10,000kps tidak mencukupi.
                        2.  Gurdwara beroperasi setiap hari dan lokasi sesebuah Gurdwara perlu mempunyai
                            kemudahsampaian untuk penganut datang.
                        3.  Ketinggian Gurdwara sejajar dengan menyediakan ruang binaan yang mencukupi
                            serta perlu diletakkan kubah untuk menunjukkan identiti Sikh. Ada Gurdwara lama
                            yang tidak mempunyai identiti ini.

                        4.  Mempunyai komponen-komponen sokongan Gurdwara seperti bilik kuliah, tempat
                            rekreasi, bilik multimedia, dewan aktiviti, bilik mesyuarat, pilihan untuk ruang
                            memandikan mayat (keperluan ini boleh disediakan dengan akses berasingan),
                            pendaftaran perkahwinan dan pelbagai mengikut kesesuaian lokasi. Setiap
                            Gurdwara menyatakan penyediaan ruang lebih akan membolehkan lebih banyak
                            aktiviti dapat dibuat. Hasrat Gurdwara adalah sebuah Gurdwara  yang
                            komprehensif memenuhi keperluaan penganut untuk setiap keperluan.
                        5.  Namun kajian mendapati tidak semua Gurdwara dapat menyediakan ruang dan
                            aktiviti.
                        6.  Penyediaan tempat letak kereta di dalam tapak atau penyediaan berpusat yang
                            dapat dikongsi bersama dengan penganut agama lain yang mempunyai rumah
                            ibadat berdekatan.

                        7.  Penerapan elemen bangunan hijau dan zero karbon untuk pembinaan bangunan
                            Gurdwara dengan ciri-ciri mematuhi kriteria ini seperti ‘rain water harvesting’,
                            solar dan pengudaraan serta pencahayaan semulajadi
                        8.  Perlu mempunyai aksesibiliti untuk pengangkutan awam, disambungkan dengan
                            laluan pejalan kaki .
                        9.  Menerapkan ciri-ciri ‘universal building’ dengan reka bentuk ‘wheelchair friendly’
                        10. Lanskap lembut yang mencukupi di dalam tapak Gurdwara. Ketinggian Gurdwara
                            perlu dibenarkan mengikut kesesuaian agar plinth menjadi kecil dan lebihan ruang
                            untuk kawasan hijau landskap.











                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280