Page 277 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 277

Bab 2 - 238



          Sambungan

           TANAH        RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN KES
           PERKUBURAN
           TANAH        1.  Kebanyakan penganut Kristian sudah boleh menerima konsep pengebumian baru
           PERKUBURAN       terutamanya kolumbarium yang dianggap lebih ekonomikal, senang diuruskan dan
           KRISTIAN         lebih mesra alam. Malahan para pastor gereja juga menggalakkan penganutnya
                            mengikut cara ini. Taburan abu mayat ke laut juga banyak dilakukan.
                        2.  Kubur berpetak juga semakin popular dikalangan ahli keluarga terdekat dimana
                            mereka boleh berkongsi plot kubur diatas ahli keluarga yang mati sebelum ini. Ini
                            menunjukkan  bahawa,  penganut  Kristian  boleh  menyesuaikan  amalan
                            pengembumian mengikut peralihan perkembangan semasa.
                        3.  Proses penebumian secara re-burial juga dicadangkan persetujuan waris

                        4.  Mengikut pandangan wakil perkuburan, tapak kubur seeloknya perlulah berbentuk
                            segiempat samaatau tepat bagi menyenangkan susunatur. Penyediaan buffer zon
                            atau zone penampan (10 meter keatas) diperlukan dengan kawasan landskap
                            bersesuaian diperlukan bagi menjaga keharmonian kawasan persekitaran.
                        5.  Kebanyakkan wakil perkuburan menyatakan kebimbangan mereka terhadap rezab
                            tanah kubur baru masih belum diatasi sedangkan ia telah menjadi suatu isu dan
                            masalah yang sudah lama dibangkitkan oleh mereka selama ini. Tapak perkuburan
                            awam yang “mampu milik” amat diperlukan.



           TANAH        Tanah Perkuburan Hindu
           PERKUBURAN
           HINDU / SIKH  1.  Penyediaan tapak untuk tanah perkuburan Hindu diperlukan. Peruntukan semasa
                            telah berkurangan. Penyediaan tapak kubur di bawah taman peringatan adalah di
                            luar kemampuan kebanyakan penduduk.

                        2.  Tapak Perkuburan memerlukan komponen kemudahan sokongan sepeti bilik air,
                            kemudahan OKU.

                        3.  Penyelenggaraan kurang baik untuk tanah kubur Hindu dan memerlukan
                            perancangan perletakan lot kubur, laluan pejalan kaki, tempat letak kereta dan
                            motorsikal.
                        4.  Perancangan lokasi mengambira kesesuaian persekitaran dan penduduk setempat
                            untuk mengelakkan aduan.






















                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282