Page 56 - e-BEST
P. 56
[ K-BeST ]
19.0 PELARASAN PENDAHULUAN PELBAGAI
19.1 TAFSIRAN
19.1.1 Pelarasan Pendahuluan Pelbagai : cara mengesahkan
pendahuluan yang diambil sebagai perbelanjaan, pemulangkan
baki perbelanjaan, tuntutan ke atas perbelanjaan melebihi jumlah
pendahuluan atau mana-mana kombinasi munasabah dari
tindakan di atas.
19.2 SYARAT- SYARAT AM
19.2.1 Jika aktiviti dibatalkan selepas pendahuluan diambil, wang
pendahuluan tersebut hendaklah diserahkan sepenuhnya ke
kaunter Pejabat Bendahari dalam tempoh 7 hari dari tarikh
pembatalan aktiviti.
19.2.2 Tindakan potongan gaji akan dibuat sekiranya :-
i. Pelarasan Pendahuluan Pelbagai tidak diterima oleh
Pejabat Bendahari dalam tempoh yang ditetapkan (melebihi
tempoh 2 bulan dari tarikh pendahuluan diambil).
ii. Terdapat resit-resit perbelanjaan yang tidak boleh diambil
kira untuk menyelaraskan pendahuluan yang telah diambil.
iii. Baki pendahuluan tidak dikembalikan
19.3 PELARASAN PENDAHULUAN
19.3.1 Pendahuluan Pelbagai hendaklah diselaraskan dalam tempoh 2
bulan dari tarikh bayaran pendahuluan dengan
mengemukakan resit-resit/bukti bayaran yang telah disahkan
oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.
19.3.2 Baki wang pendahuluan (jika ada) perlu diserahkan segera ke
Pejabat Bendahari
19.4 RUJUKAN :
PEKELILING BENDAHARI Bilangan 7 Tahun 2013.
*Sila rujuk Contoh Borang dari M/Surat 65
Pejabat Bendahari UiTMJ | 56