Page 59 - e-BEST
P. 59
[ K-BeST ]
20.0 TUNTUTAN BAYARAN KERANA MENGGUNAKAN WANG
SENDIRI
20.1 Tuntutan Perbelanjaan Pelbagai Yang Telah Didahulukan Oleh Staf
UiTM :
Sejumlah wang peribadi yang telah dibayar oleh staf UiTM kepada
pembekal untuk membeli barang / perkhidmatan yang diperlukan bagi
sesuatu aktiviti yang telah diluluskan dan lain-lain urusan rasmi yang
telah diluluskan, tidak termasuk perbelanjaan berkaitan tuntutan
perjalanan
20.2 SYARAT- SYARAT AM
20.2.1 Kebenaran mendahulukan wang peribadi untuk membuat sesuatu
perbelanjaan bagi aktiviti UiTM adalah diberikan atas dasar-dasar
berikut :-
i. Pembelian segera ; atau
ii. Pembelian yang boleh menjimatkan perbelanjaan UiTM ; atau
iii. Pembelian yang perlu dibuat diluar kampus ; atau
iv. Tidak mendapat wang pendahuluan pelbagai
v. Pembelian barang / perkhidmatan yang tidak boleh & tidak
praktikal diuruskan dengan menggunakan Pesanan Tempatan
(LO)
20.2.2 UiTM berhak untuk tidak membayar balik tuntutan perbelanjaan
pelbagai yang telah dilakukan jika nilai tuntutan perbelanjaan
adalah tidak munasabah / jika pembayaran telah dibuat tanpa
mengikut peraturan seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling
Bendahari Bilangan 7 Tahun 2013. Staf sendiri patut menanggung
sepenuhnya sebarang risiko kerugian di atas tindakannya.
*Sila rujuk Contoh Borang dari M/Surat 65
Pejabat Bendahari UiTMJ | 59