Page 60 - e-BEST
P. 60
[ K-BeST ]
20.3 PERBELANJAAN YANG BOLEH DIDAHULUKAN BAYARAN
OLEH STAF UiTM ADALAH :-
20.3.1 Bekalan / perkhidmatan di mana kadar harga telah
ditetapkan oleh UiTM seperti kadar keraian bagi
perkhidmatan makanan bermasak di mana setiap satu resit
pembeliannya bernilai sehingga RM 1,000.00
20.3.2 Bekalan / perkhidmatan di mana kadar harga telah
ditetapkan secara umum (published rate) oleh vendor seperti
surat khabar tempatan, yuran penyertaan seminar / kursus /
yuran badan akreditasi/professional dan seumpamanya.
Memadai dengan mendapatkan senarai kadar harga
daripada vendor yang di mana setiap satu resit
pembeliannya bernilai sehingga RM 5,000.00
20.3.3 Perolehan bahan di mana setiap satu resit pembeliannya
bernilai sehingga RM1,000.00 dan keperluan bagi setiap
PTJ adalah secara kecil-kecilan seperti alat tulis, ubat khusus,
bahan penyelidikan
20.3.4 Perolehan barangan mesin / peralatan (kecuali perabot)
yang tidak kerap dan tidak banyak, di mana setiap satu
unit kurang dari RM 500.00 seperti penebuk lubang heavy
duty, stapler heavy duty. Kelulusan Jawatankuasa Teknikal
yang berkaitan perlu diperolehi sebelum bayaran hendak
dibuat oleh pemohon
20.3.5 Perolehan perkhidmatan kecuali yang dinyatakan di
perenggan 20.3.2, yang setiap resit perkhidmatannya
bernilai sehingga RM 1,000.00. (Contoh : perkhidmatan
makanan bermasak, pembaikan kerosakan peralatan /
mesin pejabat / makmal (termasuk alat ganti) dan
sebagainya.
*Sila rujuk Contoh Borang dari M/Surat 65
Pejabat Bendahari UiTMJ | 60