Page 21 - WADAH POLYCC 2024
P. 21
1
KOLEJ KOMUNITI WADAH PEMBANGUNAN INSANIAH
SEBERANG JAYA, 24 JULAI 2023 -
Peranan Kolej Komuniti ialah untuk
meningkatkan taraf sosioekonomi
masyarakat setempat. Ini kerana
Kolej Komuniti mempunyai fungsi
yang berbeza dan unik dengan
penekanan kepada Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH)
berbanding daripada universiti
awam dan Politeknik yang
melahirkan graduan diploma dan
ijazah.
Demikian ucapan oleh YB Menteri
Pendidikan Tinggi yang telah
disampaikan oleh YBhg. Datuk Hj.
Mohammad Khairi Hj. A Malik,
Setiausaha Politik kepada YB
Menteri Pendidikan Tinggi ketika
hadir pada program Majlis
Penyampaian Watikah Pelantikan
Jawatankuasa Penasihat Kolej
Komuniti (JPENKK) Pulau Pinang
disini.
Pada majlis tersebut, seramai enam (6) Pengerusi JPENKK Pulau Pinang dari Kolej
Komuniti (KK) Kepala Batas, KK Nibong Tebal, KK Bukit Mertajam, KK Bayan Baru, KK
Tasek Gelugor dan KK Seberang Jaya telah dilantik bagi tempoh dua (2) tahun
berkuatkuasa mulai 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2025.
Hadir sama pada majlis ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK, YBrs.
Encik Kamaluddin Daud, Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Kedah
serta pemimpin-pemimpin setempat.
17
http://www.mypolycc.edu.my