Page 22 - WADAH POLYCC 2024
P. 22

1







          JALINAN KOLABORASI STRATEGIK ANTARA JPPKK DAN
          UTP PERKASA PENDIDIKAN TVET NEGARA






                                                                 CoC yang dimeterai ini antara lain
                                                                 bertujuan dan merangkumi pelbagai
                                                                 bidang kerjasama bagi memperkasakan
                                                                 lagi pendidikan TVET iaitu menerusi
                                                                 perkongsian kepakaran, peralatan dan
                                                                 kemudahan fasiliti, perundingan latihan,
                                                                 pensijilan      bagi     yang       berkaitan,
                                                                 penambahbaikan          silibus,    kurikulum,
                                                                 penyelidikan, penerbitan, inovasi dan
                                                                 pengkomersialan         serta    penempatan
                                                                 peluang latihan industri dan pekerjaan
                                                                 kepada pelajar dan Sangkutan Industri
       SERI  ISKANDAR, 24  JULAI 2023 -  Seiring                 Pensyarah (SIP).
       dengan      aspirasi     Jabatan     Pendidikan
       Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)                     Terdahulu, CoC bagi pihak JPPKK telah
       dalam mempergiat program pengajian                        ditandangani      oleh     Ketua     Pengarah
       berimpak di POLYCC dan ekosistem TVET                     Pendidikan       Politeknik      dan      Kolej
       keseluruhannya, kolaborasi dan kerjasama                  Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari
       bersama pihak industri boleh dianggap                     Ismail pada 21 Julai yang lalu di Ibu
       sebagai salah  satu ‘game-changer’ dalam                  Pejabat JPPKK, Putrajaya.
       memastikan institusi TVET terbesar ini                    Hadir sama ialah barisan pengurusan
       mencapai matlamat tersebut.                               UTP serta pegawai-pegawai dari JPPKK.


       Rentetan itu, satu Majlis Menandatangani
       Sijil Kolaborasi Strategik (CoC) antara
       JPPKK dan Universiti Teknologi Petronas
       (UTP) telah diadakan dengan delegasi
       JPPKK diketuai oleh Pengarah Kanan
       (Akademik), YBrs. Encik Mohd Noor
       Shahudin       mewakili      Ketua     Pengarah
       Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
       manakala UTP diwakili oleh Naib Canselor
       dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg.
       Profesor  Ts.  Dr  Mohamed  Ibrahim  Abdul
       Mutalib.









                                                                                                         18

         http://www.mypolycc.edu.my
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27